Friday, August 31, 2007

PBU MERINTIS "arc" di ZON BORNEO
Hari ini Exco Jabatan Sukan Pas Pusat, Ust Firdaus Hj Jaafar telah merasmikan pelancaran "arc"(alternative riding club) bertempat di Padang Majlis Daerah Kota Marudu. Pelancaran Ini adalah serentak dengan pelancaran kelab yang sama untuk peringkat kebangsan yang bertempat di negeri Terengganu yang diramikan oleh Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Ust Firdaus yang diringi Ketua Pemuda PAS negeri, Ust Anuar Ali serta rombongan telah menyampaikan amanat dan menerangkan fungsi serta matlamat penubuhan kelab kepada ahli kelab yang terdiri dari pelbagai golongan lapisan masyarakat yang terdiri dari daerah Kota Marudu, Kudat dan Pitas. Selepas itu ahli kelab telah mengikuti pertandingan bola tampar yang diadakan sempena sambutan kemerdekaan ke-50 negara sebagai aktiviti untuk mengeratkan lagi ukhwah/persaudaraan di kalangan ahli.
(Ustz Firdaus menyerahkan baju Kelab kepada Ketua Pemuda PAS Sabah sebagai tanda rasminya pelancaran "arc" peringkat Borneo. Dari kiri Ust Anuar Ali, Zakaria, Ust Firdaus dan Ust Tengku)


(Ahli kelab berhenti menghilangkan penat selepas pusingan pertama pertandingan bola tampar)


KUDAT MUNCUL JOHAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR
Daerah kudat muncul sebagai juara pertandingan bagi perlawanan bola tampar peringkat PBU sempena sambutan kemerdekaan ke-50 untuk kali ini. Ketua pasukan, Ust Tengku Zainal Abidin yang dari awal mengerahkan tenaga pasukan yang dipimpinnya rupanya berbaloi dan memberi kemenangan selesa kepada pasukannya. Tempat kedua pula disandang oleh pasukan dari daerah Kota Marudu dan tempat ketiga adalah dari daerah Pitas. Pemain terbaik perlawanan sepatutnya dimiliki oleh Ust Syah dari Kota Marudu yang merupakan "top spiker" namun kerana beliau "kia"(tak menjadi) dalam pusingan akhir menyebabkan anugerah ini ditarik balik serta merta. >KDC50<

MAGGI MAKANAN RASMI SAMBUTAN KEMERDEKAAN ?
Ada kalangan guru yang terkejut dan ada yang terperanjat sakan dengan sambutan kemerdekaan peringkat sekolah disalah sebuah daerah di negeri Sabah kali ini yang mana mee segera maggi menjadi hadiah dan cenderahati kepada perasmi, pemenang dan petugas yang dilantik. Ada sesetengahnya merasakan hal sedemikian boleh dielakkan dengan menyediakan alternative lain yang lebih baik sebagai hadiah. Contohnya air kotak (Susu DutchLady ke…Milo ke..) Hal ini kerana secara tidak langsung menggambarkan pihak sekolah menggalakkan warganya makan makanan segera yang sepatutnya dielakkan. Kita sedia maklum bahawa makanan segera seumpama maggi ini tidak sesuai sebagai makanan kesihatan dan malahan boleh memberi mudharat kepada kesihatan pemakannya. Apatah lagi kepada para pelajar(remaja) ni. Jadi harapnya untuk tahun depan….pihak pentadbir dan penyelaras program seumpama ini boleh fikir-fikirkanlah mencari makanan lain yang lebih bermanfaat…. kalaulah makanan juga yang menjadi hadiahnya. (Dengar cerita kos beli maggi pun boleh tahan jugak. 20 kotak maggi RM400 lebih harganya)

Tuesday, August 28, 2007

Nostalgia Musabaqah Tilawatul Quran 2007







Cemerlang, gemilang, terbilang, zzzzzzz.
Petikan Dari :http://www.n32.blogspot.com/

Saturday, August 25, 2007

SERVIS FRONTIER DAN DAILY EXPRESS
Pagi tadi aku ke Inanam (Tan Chong Motor) Kota Kinabalu untuk servis frontier ku yang ke 20,000KM. Sampai di sana lebih kurang jam 10 pagi. Nampaknya ramai pelanggan pada hari ni. Terpaksalah aku menunggu lama sikit. Sebab kali ni servis bukan setakat tukar minyak hitam tapi servis brek sekali. Sambil-sambil menunggu ‘turn’, aku sempat menyelak helaian surat khabar Daily Express di atas meja ruang menunggu. Dari helaian ke helaian ternampaklah aku satu berita berkaitan daerah kediaman ku iaitu Kota Marudu. Cepat-cepat aku menelaahnya dengan tekun sekali. Yang menariknya berita ini adalah berkenaan ‘comlain’/aduan dari “Suara Pembayar Cukai” terhadap Majlis Daerah. Katanya Majlis Daerah hanya ‘galak’ dok tagih cukai saja…(lebih kurang maksudnya)…. tapi hal-hal kebajikan penduduk tak diendahkan.

Apa yang diadu adalah berkenaan lampu jalan ditaman-taman perumahan yang tidak diselenggara dengan baik, taman permainan yang merbahaya kepada kanak-kanak (pengguna)..yelah,apa taknya gelongsor dan alatan lain memang merbahaya sebab aku yang tengok sendiri…pecah dan berlubang-lubang di sini. Tak percaya?Datanglah tengok sendiri dan begitu juga kes tempat letak kereta yang disalahguna oleh peniaga sehingga nak ‘parking’ kenderaan pun susah. Kalau tengok jalan yang baru diturap dekat simpang tiga dewan terbakar juga tak sampai 3 bulan dah nampak kerosakan (berlubang) Yang aku hairan kenapa pihak majlis tak pantau masa kontraktor turap jalan yang menyebabkan ‘low’ mutunya.Atau adakah ini projek kilat. Capat siap dan cepat rosak. Ini pekan baaah..biarlah ada standard sikit. Satu lagi….ADUN merangkap Ahli Parlimen sini iaitu Dr Max tak perasan ke apa yang berlaku di kawasan takluknya. Tak kan lah kerana kesibukan kerja tak dapat nak jenguk sekejap untuk menegur pentadbiran daerah. MUSTAHIL!!!Aku sememangnya cukup setuju dengan aduan seumpama ini. Mungkin dapat menyedarkan pentadbiran Majlis Daerah Kota Marudu dan ADUNnya yang sengaja tak perasan tentang masalah ni. Terima kasih “Suara Pembayar Cukai”. Engkau mewakili rintihan hati kami semua"penduduk Kota Marudu"

Thursday, August 23, 2007

JATI….OOH…JATI

Hari ni kami sekeluarga ke kedai jati di Kota Kinabalu. Dekat dengan kedai Big Wheel kat bagunan KWSP tu. Konon-kononnya nak cari perabot jati lah. Boleh tahan jugak harganya. Mujurlah ada kawan (Ust Badrol dan Isteri) yang tunjuk dan bawakan kami ke sana. Mereka ni memang pakar dalam bab membeli perabot jati ni. Bab tawar menawar pun boleh tahan. Sebab tu lah kalau bertandang ke rumah mereka kita akan lihat perabot jati yang “kaow-kaow” punya. Tak percaya?...datanglah. Boleh kan Bad?...ko lagu mana..
Okeylah…di sana ada pelbagai jenis perabot jati….dari yang kecil sampai yang besar…..dari yang murah….hinggalah yang mahal-mahal. Jadi pilih-memilih lah kami. Sampai “Musa” pekerja kedai tu pun dah nampak letih nak layan kami. Tapi dah menjadi kerja dia dan kami sebagai pengguna memang ada hak untuk memilih. Terpaksalahkan…..sabarlah Musa nanti kamu mintak dgn bos kamu untuk naik gaji/tambah elaun.
Ok…Tadi aku hanya serah kepada isteri tersayangku (Anie) je yang pilih. Satu jam lebih kami di sana maka perabislah kami RM5250 (kata org sekelip mata sahaja) untuk 3-4 brg perabot jati termasuk 2 hadiah percuma (seperti dalam gambar) Rehal dan ukiran. Kos tambang pun termasuk sekali. Eish…eish…eish kalau fikir sekali macam membazir je. Kalau jumlah duit tu diguna buat beli beras tentu untuk 5-6 tahun pun belum tentu habis di makan. Apapun yang penting barang-barang jati ni tahan berbanding perabot kayu yang biasa. Kata orang “Alah Membeli Menang Memakai”. Bersyukur kepada Allah dgn rezeki yang dikurniaNya, mudah-mudahan kami tak ‘riak’ dengan perabot jati yang kami miliki ini. Untuk Bad dan keluarga kami ucap terima kasih banyak2 kerana bersusah payah bantu kami. Mudah-mudahan juga tahun depan kita sama-sama dapat pindah kerja ke semenanjung.

Tuesday, August 21, 2007

LAWATAN KERJA PENGARAH PASTI PUSAT KE KOTA MARUDU

Hari ni Pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Pusat telah mengadakan lawatan kerja ke Pasti Al-Hikmah Kawasan Kota Marudu. Pengarah (En. Azrin Abdul Majid) beserta rombongan (En Kamarul Arif Ambak dan En Imran Abdul Rahman) telah sudi meluangkan masa lebih kurang 1 jam untuk berdialog dan bertukar-tukar maklumat semasa bersama pentadbir PASTI kawasan Kota Marudu (Ust Syukur Bahari, En Zakaria dan Ust Badrol) dan tak ketinggalan dari Kawasan Pitas (Ust Muslim dan Ust Wan Amran) serta Kudat. Majlis yang dimulai dengan taaruf ringkas dan diikuti ucapan dari pengarah dan seterusnya dialog umum, telah banyak memberi manfaat dalam pertemuan ringkas ini. Selepas ini pengarah dan rombongan akan terus ke Kudat untuk merasmikan Bangunan Pasti di sana keesokan harinya.



BIRTHDAY ADILAH KE-2

Sekejap je masa berlalu, sedar tak sedar tanggal 20 Ogos 2007 umur Nur Liyana Adilah (anakku yang kedua) dah mencapai 2 tahun. Patut pun sekarang dah pandai ikut cakap-cakap dah….. biarpun tak ‘berbutir’. Perangai juga boleh tahan…nakal-nakal tu biasalah budak kecil di samping meniru gaya dan perbuatan orang. Namun keadaan masih lagi terkawal. InsyaAllah, tak lama lagi Adilah akan jadi “Kak ngah” jadi jangan nakal-nakal tau…(bersyukur aku kepada Allah kerana isteriku sdg mengandungkan anak kami yang ke tiga)

Saturday, August 18, 2007

RIJAL DAN KERJA AMAL

Baginilah nasib penghuni di Taman KDC kota Marudu. Ada kontraktor yg dilantik Majlis Daerah Kota Marudu pun, tapi nak buang buluh yang berbahaya mengganggu laluan di jalan pun tak boleh. Rasa aku dah hampir 2 minggu dah. Belum lg komen tentang cara pembersihan taman. Mcm kerja "LEPAS BATUK DITANGGA AJE".. Nasib baik ada orang mcm Ustz Rijal yang ikhlas ni. Tahniah Jal, semoga Allah memberi ganjaran pahala kepada kita berdua…(aku yg gendong dia dengan EX5 tadi…mudah-mudahan aku dpt juga sikit) Bagi kawan-kawan yang menonton td (Ust Azam dan Rahim) tahniah kerana sokongan anda.



SYOKNYA ANJING NI LANDING
Petang ni aku sempat ambil foto anjing ni "landing" diatas AFF2978 (kereta kawan aku….Azam). Khabarnya zaujah dia (Cik Na) yang bawa pergi parking rumah Kaboi. Mungkin dua kemungkinan kenapa dia syok landing :
1) Mungkin kereta ni bau wangi, almaklumlah kawan aku seorang ni suka sangat cuci dan mengilat kereta…atau
2) Mungkin bau kurang enak (biasakan… anjing suka bau-bau busuk)
Apa-papun terpulanglah pada anjing tu kenapa dia "melanding" kat sana. Nak tahu jawapan yg lagi sahih tanyalah pemilik anjing tu……siapa agaknya? Camna Zam!

Thursday, August 16, 2007

KEJAYAAN NADAL FATA HADIAH BERMAKNA BUAT PENDUDUK KOTA MARUDU

Festival Kompang, Berzanji Dan Marhaban Peringkat Pantai Barat Utara (PBU) kelmarian (2 Sya’ban/15 Ogos 2007) telah melonjakkan nama kumpulan Nadal Fata di arena seni Berzanji dan Marhaban di negeri Sabah sekaligus menaikkan imej daerah Kota Marudu dan membawa berita gembira buat penduduk Islam sekitarnya. Biarpun baru sahaja ditubuhkan dengan bilangan 10 orang anggota yang berbeza latar belakang dan keturunan namun dengan semangat kerjasama dan semangat “ISLAM BOLEH” (dlm konteks berdakwah) kumpulan ini berjaya menewaskan beberapa kumpulan lain yang bertanding dari pelbagai daerah antaranya daerah Ranau, Kota Belub, Kudat, Pitas dan Matunggong. Biarpun persaingin cukup sengit antara Nadal Fata dengan ‘johan menunggu’ dari daerah Kota Belud namun dengan kelebihan Vokal ‘Rawi’ dari Ustaz Rafi Ghalil Abas telah meletakkan Nadal Fata sebagai johan untuk pertandingan kali ini. Nadal Fata yang di anggotaai oleh Ust. Azam, Ust. Ajirin, Ust.W. .Mohd Nasir, Ust. Rahim, Ust Shahrudin (Mat Syah), Zakaria, Hafeez, M.Rashidi dan M.Fidaus dapat membawa pulang hadiah sebanyak RM 350 . PTA JHEINS daerah Kota Marudu Cik Norizawati Mahmud yang setia dari awal program sehinggalah ke acara penangguhan turut berbangga dengan kejayaan ini. Nadal Fata akan mewakili PBU ke peringkat negeri nanti yang diberitakan akan diadakan di daera Kudat dalam masa terdekat ini. TAHNIAH!!! buat NADAL FATA

KRONOLOGI KEJAYAAN NADAL FATA

14 Ogos 07
- Lebih kurang jam 3.30 ptg anggota kumpulan Nadal Fata (termasuk aku) bertolak dari Kota Marudu menuju ke Kundasang. Biasalah jalan yang kami lalui tu berbukit-bukit dan berliku-liku. Sehinggakan Nasir terberundur keretanya. Salah tukar gear 3. Teruk betul. Mujur x berlanggar Rafi di belakang. Mungkin lesen terbang kot Nasir ni.
- Jam 5 lebih kami tiba di Kundasang sambil hirup minuman panas. Antara kami minum saja kecuali Azam. Dia order soto mungkin lapar. Tambahan pulak dia bendahari….duit kompeni ke dibahamnya?…..tanyalah dia(sorry Zam…gurau aje...)
- Lepas tu kami bertolak ke PLD utk penempatan awal kami. Di sinilah kami berbolo’t sikit. Rafi yg tak biasa ke sini pun mcm pandai-pandai aje. Dia buatkan perjalanan kami jd lambat. Maklumlah kawasan berbukit lg. Kalau guna gear 4..sah x leh naik. Gear 3 pun berte’eh. Biasanya gear 2 atau 1. Maghrib baru kami tiba di PLD. Teruk betul jalan ke sana…heis….lain kali aku nak datangpun berfikir. Kami ambil wudu’ dan solat berjemaah. Ada cerita menarik di sini. Ada peserta kursus iaitu pelajar matrikulasi (yg kebetulan berkursus di sana)tanya Nasir dia pelajar SMK ke? Teruk betul pelajar ni x reti beza ust dgn pelajar?@mungkin muka Nasir yg nampak muda (sweet 17)/babyface… Sir lain kali taruh janggut panjang sikit br x timbul salah sangka.
- Lepas tu kami masuk bilik jamuan. Aku kebetulan sakit gastric jd urusetia bg lah makan kuih di bilik VIP. Namun x di duga rakan-rakan lain pun ambil jg kesempatan, semuanya pakat-pakat gastric termasuk azam yang sudah balun soto tadi pun gastric sama..mungkin azam gastric kritikal
- Lepas kami di beri taklimat oleh pengetua PLD kami pun makan berjemaah. Rupanya syok juga makan di tempat sejuk mcm ni. Yelah kundasang ni kawasan sejuk. Tambahan mlm pulak. Ada di antara kami yg ngilu2. Tp yang paling kuat ngilu ialah Mat Syah….ko guano…Syah sampai terpaksa pakai baju sejuk.
- Kami pun bertolak keluar dr PLD ke Hotel Di Ranau( Nama hotel dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan). Di sana kami tinggal kongsi bilik dan juga kongsi 1 tandas dan 1 bilik air untuk 22 orang (sekali dgn peserta kompang dr KMarudu jg). Teruk betul hotel ni dahlah tiada aircond lepas tu kena kogsi tandas pulak (lebih teruk dari asrama sekolah). Aku tidur satu bilik dgn Azam

15 Ogos 2007
- Pagi aku bangun awal lg. Takut berebut bilik air dan tandas. Lps tu aku solat hajat dan solat subuh berlampikan kain tuala . Di sini mcm hotel Islam tp sejadah pun x disediakan di bilik. Lps tu kami makan di restoran barakah. Aku pekena roti canai telor dan milo kosong. Mula2 mcm x mahu mkn roti canai telor sebab aku tengok mcm telornya tak di basuh (bernajis…tahi ayam) tp oleh kerana kawan aku dah order terpaksa aku tibai juga. Tawakkal je lah…mudah-mudan tangan yg tebar roti tu bersih. Nanti tak makan gastric pulak..
- Kami bersiap dan terus pergi ke Veneu pertandingan di perkarangan masjid Daerah Ranau. Di sana kami bersiap dan aku yg tak ada songkok terpaksa keluar dgn Azam. Pergi beli di pekan. RM 15 je…
- Lama kami menunggu untuk pertandingan. Teruk betul pihak pengurusan. Pengadil yang lambat datang antara faktor kelewatan. Kata Rafi mungkin pengadil lmbt sebab pergi balun buah durian dulu atau mungkin juga takut nak mengadili kami yang bagus nih….ceeeehwah perasan sikit.
- Di ringkaskan cerita kami pun bertandinglah. Peserta pertama lg tu sebab cabut undi di PLD semalam nombor tu yang kami dpt. Lps bertanding kami menunggu nak tengok juara bertahan dr KBelub. Kow2 jugak suranya. Aku terus berbelah bagi. Tentu kami dapat nambor dua je ni. Jadi bila pulang ke hotel terus aku buka baju melayu. Bila balik ke Veneu pertandingan kawan-kawan suruh kami pakai balik baju (aku dan azam) sbb kata mereka kami gerenti Johan dan akan buat persembahan. Terutama Rafi yg bersungguh-sungguh menyuruh. Terpaksalah aku dan Azam pakai balik baju. Memang……..nasib menyebelahi kami. Kami dapat johan…Pengurus pasukan kami En Rablin x dpt hadir sbb ada tugas penting. Jd Rafi yang wakil pergi ambil hadiah duit RM350 sebab dia ketua kumpulan kami dan juga sebab suara dialah (semasa rawi) kami dapat markah lebih berbanding pasukan dari KBelub. Terima kasih banyak Ustz Rafi. Duit sj yg kami dapat. Piala2 dan sijil pun tak dak. Teruk betul lah pihak pengurusan.
- Sudah tu kami pun bergambar bersama PTI…opppp sorry PTA (Rafi yg tersasul mcm ni) Cik Norizawati. Nampaknya senyum lebar dia kerana kami menang.
- Sebelum pulang kami beli durian di pasar Ranau sambil test 2-3 biji. Makcik jual durian tu pun baik hati(spooooorting lagi). Terima kasih makcik…kami yg senang hati pun pulang dan lebih kurang jam 9 Alhamdulillah kami sampai di KDC.

Monday, August 13, 2007

NADAL FATA BAKAL BERAKSI

Beberapa bulan sudah menunggu InsyaALLAH pada 02 Sya’ban /15 Ogos ni Nadal Fata (kumpulan Marhaban) Kota Marudu akan beraksi iaitu di Majlis Daerah Ranau. Mewakili Daerah Kota Marudu dalam Festival Kompang, Marhaban Dan Berzanji Peringkat Pantai Barat Utara merupakan tugas yang berat juga untuk dipikul. Sebab itu sudah beberapa malam kami berlatih (saya salah seorang peserta Marhaban yang terlibat....suara x berapa sedap tapi bersyukurlah dari yang bisu) untuk menyahut cabaran dalam pertandingan ini. Nampaknya kawan-kawan semuanya bersemangat. Pengurus pasukan kami En Rablin tidak ketinggalan mengikuti dan menyelia latihan. Ketua kumpulan kami Ust Rafi br pagi ini dapatkan surat pelepasan bertugas dan sesungguhnya dia memang bersemangat untuk pastikan kumpulan kami “dapat nombor”. Rakan-rakan lain juga x jemu ikut latihan…Ust Azam, Ajirin, Mat Syah (Amy search), Rahim, ady, hafiz, firdaus dan W. Mohd Nasir (ni susah sikit nak datang latihan.maklumlah dah bertunang…terikat sikit)gurau je….Mudah-mudahan kami ‘dapat nombor’ nanti.InsyaALLAH

TAK ADA ANGIN KE….ATAU PANCIT

Tadi ada kawan baikku menelefon lebih kurang jam 11.25pg. Katanya ada kereta kawannya pancit dan perlu ditukar tayarnya. Jadi dia minta tolong aku tukar. Jadi sangguplah aku..biarpun agak letih sedikit. Ye lah hari ni aku puasa sunat akhir-akhir bulan rejab dah ni….awal pg td aku dah balun main badminton 3-4 set, tapi kerana kawan aku cuba ikhlaskan niatku untuk menolong. Bila sampai sana memang tayar kereta tu x ada angin.tapi x pasti pula aku... pancit ke tidak. Aku pun tukar saja bila dikehendaki begitu, Sambil tu terfikir jg aku. Tak kanlah nak tukar tayar pun tak pandai…apalah pengguna kereta tersebut. Tak kan tak ada kursus penyelenggaraan kereta semasa ambil lesen dulu. Atau mungkin juga dia tak sihat.Wallahua’lam. Apapun harap-harap dgn kereta yg dah ok dapatlah datang awal ke sekolah….dan balik pada masa yang ditetapkan….iaitu waktu normal 5.30ptg. Selamat Bertugas.~ Bukan nak mengata ni cuma suka-suka je"Dan Berilah Peringatan.Sesungguhnya Peringatan Itu Bermanfaat Bagi Orang Mukmin"(Al-Quran). Moralnya…kena datang sekolah awal dan pulang dgn mengikut peraturan. Baru fitnah dapat dielakkan. Aku pun kadang-kadang ada juga lewat.. manusia ni, masing-masing ada kelemahan. Tapi jgn sampai pula ambil kesempatan. Sama-samalah kita muhasabah diri.

BETUL KE SIGNBOARD NI?

Tadi semasa pulang dari menghantar Aan (anakku yg sulung) di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di TNG1 aku terkejut dengan signboard laluan jalan. Nampaknya mcm tidak betul. Atau mungkin aku yg berpina (kabur-kabur) mata. Apa taknya…jalan lotong yang ke pekan tu sepatutnya selekoh memberat ke kiri tetapi signboardnya menunjukkan bengkok ke kanan. Ini membahayakan pengguna normal ni…kalau pengguna yg mabuk… x tahulah.tentu lebih membahaya. Jadi, siapa yang perlu bertanggungjawab dalam kes ni. Yang pasti kontraktor terbabit perlu di "smash" dan Majlis Daerah Kota Marudu pun terlibat sekali yg sepatutnya menyelia kerja-kerja seumpama ini. Jadi harap-harap benda ini perlu di ubah segera dan patut dielakkan dari berulang.
~sekadar peringatan

Saturday, August 11, 2007

CERAMAH PENGUKUHAN AQIDAH DAN SAHSIAH PELAJAR MUSLIM
SMK BENGKONGAN

Alhamdulillah pada hari ini 11/08/07 dari pagi lebih kurang jam 8.30 sampailah jam 1.00 ptg program yang di atur oleh Panitia PAI SMKB berjalan dengan lancar. Biarpun sehari sebelumnya ada sedikit ketegangan antara salah seorang guru kami dengan tuan pengetua namun ianya tidak menghalang perjalanan program yang amat penting ini. Apa tak pentingnya kerana ia bertujuan untuk membentuk dan memberi motivasi serta menyedarkan para pelajar tentang peri pentingnya menjaga aqidah dan solat dalam memperkasakan keperibadian seorang muslim. Disamping masalah sekarang pelajar muslim di sekolah makin teruk kes-kes disiplin dan agak ketinggalan dalam akademik (tidak semuanya...tapi boleh dikatakan agak ramai).
Walaupun penyertaan pelajar muslim tidak 100% namun dengan kehadiran pelajar yang mencecah 60-70 itu memberi gambaran bahawa rupanya pelajar-pelajar disini memang dahagakan suapan ilmu agama/rohani. Kehadiran 2 penceramah iaitu Ust Mohd Syukur Bahari dan Ust Khairul Anuar Mohd Nawi telah memberi banyak input-input berguna kepada pelajar dan guru2. Biarpun cuaca yg agak terik panasnya namun pelajar dapat memberi komitmen dan perhatian kepada ceramah di tambah pula sesekali ada jenaka dan gelak ketawa yang dihidangkan oleh 2 ustaz yang dijemput. Begitu juga dengan komitmen beberapa orang guru seperti cikgu Jamaludin (Kaunselor sekolah), cikgu Razak, Cikgu Amiah, Cikgu Siti Dismah, Cikgu Zaitty menghangatkan dan menyerikanlagi majlis/program ini. Guru Panitia PAI Ustzh Zaizan dan Ustzh Wan Nurul Hajar yang menjadi nadi program nipun terus menerus memberi komitmen dan tak berganjak dari masjid sehingga tamat program. Tahniah ustzh. Beginilah yang diharapkan. Panitia perlu aktif untuk memberi manfaat kepada pelajar. Kalau boleh lepas ni terus-menerus buat kelas amali sbb ada dikalangan pelajar yang masih x pandai solat sepenuhnya. Luang sedikit masa amali kepada pelajar dengan dtg sebelum waktu persekolah sbgmana tercatat dalam jadual waktu. InsyaAllah dapat membantu kepada pelajar-pelajar kita. Satu lagi.... bagi menjayakan lagi program seumpama ini pada masa akan datang cadangan beberapa perkara perlu dibuat antaranya:
- diharap rakan2 guru-guru muslim di sekolah dapat ikut sama program sebagai tanda sokongan disamping pihak pentadbir yang perlu cakna memberi arahan dan juga ikut serta program.(kecuali guru-guru yg ada hal penting yg x dpt dielakkan)
- Program ini patut disasarkan sekali kepada ibubapa pelajar dan juga PIBG bg meramaikan lagi penyertaan (tahniah kpd En Nordin yg dapat hadir pada ceramah kali ini sehingga tamat ceramah, sbgai salah seorang wakil dari ibubapa pelajar. biarpun tak sempat solat berjemaah bersama kerana perlu beredar awal)
- Kalau boleh buat sekali kain rentang sebagai hebahan dan juga tanda menunjukkan kepentingan program
- Kalau boleh libatkan sekali remaja dan pemuda kampung sekitar
- Kalau boleh juga panitia PAI membentuk jawatankuasa dari kalangan guru dan pelajar dalam memberi fokus menjaga kebajikan...kebersihan...keceriaan dan lain-lain serta menjadikan surau Bintasan Laut sebagai surau angkat.
- Dan apa-apa yang dirasakan baik dan munasabah......mungkin cikgu Jamal ada idea tambahan .......tu.
Program tadi diakhiri dengan solat hajat berjemaah bagi semua pelajar tak kira yg ambil PMR dan SPM atau tidak.Kami bersurai setelah menjamu hidangan makan tengahari.Kata Ustzh Zaizan kos makanan perkepala untuk majlis ini RM 4.50. jadi, adalah guru yang complain dan merasakan agak mahal juga....emm termasuk saya. Tapi tak apalah. Harap2nya lps ni untuk program seumpama ini yang akan dtg puan kantin dpt bagilah sponsor sebagai amal kebajikan kan....... tentu ramai guru yang setuju dngan cadangan saya ni.
Apa-apapun tahniah sekali lg kepada jawatankuasa perlaksana dan juga para pelajar yang menjayakan program ini. Tak lupa kepada pentadbir yg meluluskan peruntukan panitia dalam memberi support kepda program ini. Bagi guru yang ada konflik sikit berkenaan pertembungan program ini dgn perlawanan bola sepak sekolah haraplah berlapang dada. Tengok kepentingan dan rujuk balik prosedur. Yang ada hitam putih itulah yang di dahulukan. sebagaimana kehendak pengetua kita. Demi kebaikan kita bersama juga.
>Taman KDC, 45)<

Friday, August 03, 2007

TERUSKAN USAHAMU SAHABATKU.SEMOGA ENGKAU TERUS TABAH BERJUANG

Nampaknya sahabat lama ku "namanya dirahsiakan" melatah dek kerana soalan mengisi masa lapangku tempoh hari semasa chating diawal subuh waktu semenanjung.
Betul-betul dia serius nampaknya dalam mempertahankan kedudukannya sebagai seorang "pekerjaannya dirahsiakan"sehingga kini.
Aku sebenarnya akur dgn alasan, harapan dan iltizamnya. Mudah mudahan ianya akan di beri keberkatan oleh Allah atas niatnya yang ikhlas itu. Tapi....
Tak ku sangka soalan yg saja-saja aku tanya tu menyebabkan dia naik minyak dan terus memberi amalan"secara tak rasmi" agar aku tidak perlu lagi ambil tahu halnya.....inikah kawan.Biarpun aku tahu dianya dulu seorang yg "pongah"(semasa kami sama-sama belajar dulu) tapi tak kanlah hal seumpama itu terus menutup ruang persahabatan. Mungkin dia acah-acah aje......aku pun tak tahu.
Nak tahu soalannya?....
Demo tak pohon kpli ke?...(lebih kurang bunyinya)
Terus dia mengutusan satu warkah maya seolah2 tazkirah kepada ku.......Apapun terima kasih kerana telah menyedarkan aku tentang kesilapan atau tershashulnya aku ni. Tahniah dan terima kasih kawan.......atas tazkirahmu itu.
Perlu dia ketahui bahawa, aku tanya begitu atas beberapa situasi yg berlaku sebelum ni. Aku pernah membaca novelnya sebelum ini "nama novel dirahsiakan atas unsur keselamatan" dan dalam novel itu menampakkan ciri-ciri seorang watak yg sesuai sebagai murabbi, muallim dan apa-apa saja yang sewaktu dengannya. Dan watak itu semacam di tulis berkaitan kehidupan penulisnya yg aku andaikan sahabatku seorang ni.
Tapi sebenarnya aku salah menduga...nampaknya otak sastera aku ni tak berfungsi dengan baik barangkali.Patutpun pada spm dulu aku dpt A2 saja.
Apa-apa pun tahniah dengan pendirian sahabatku seorang ni. mudah-mudahan ia gembira dan bahagia dgn cita-cita dan harapannnya. Mudah-mudahan Allah memudahkan segala urursan kehidupannya.
Satu lagi....ingat! kita umat yang perlu menjaga tepi kain orang (sebagai tanda persaudaraan) tapi jgn selak kain orang sudah....
Semoga warkah ini tidak menimbulkan sebarang kemarahan.
wsslm. (smk bengkongan 3.29 ptg)