Wednesday, September 26, 2007

“STUNT MAN” Kota Marudu
Hari ini aku dikejutkan dengan seorang “stunt man” dari Kota Marudu yg telah membuat aksi yang seperti dalam filem televisyen. Stunt man ini yang dikatakan mabuk / kurang waras telah memanjat sebuah produa Viva sehinggakan berlaku kekecohan di pekan Kota Marudu kira-kira jam 11.20 pagi ini. Dia tidak mahu turun walupun dipujuk sehinggakan pihak polis terpaksa campurtangan. Walaupun campurtangan polis, namun stunt man tersebut tetap berkeras sehingga akhirnya dia dengan sendirinya terjatuh dari kenderaan tersebut setelah keletihan. Ini sahlah STUNT MAN KAMPUNG.(Kdc50)

Monday, September 24, 2007



SELAMAT ULANG TAHUN ke~5 BUAT AAN

Kelmarin genap umur Aan (anakku yg sulung) 5 tahun. Jadi belilah kami kek untuk suka-suka dia orang dua beradik (adilah). Sedar tak sedar tanggungjawab aku dan isteriku akan menjadi lebih berat. Ye lah…… menjadi kewajipan untuk kami manambah ilmu, teknik didikan dan juga asuhan untuk Aan ini. Mudah-mudahan Aan akan menjadi anak yang soleh, INSYAALLAH.

>kdc45<

Sunday, September 23, 2007

KONVENSYEN DAKWAH, HARAPAN TAK KESAMPAIAN

Hari ini belum lagi aku sihat sepenuhnya. Badan tetap lenguh2 sehingga aku tak dapat ikut serta Konvensyen Dakwah Negeri di Kota Kinabalu yang sepatutnya bermula 2 hari lepas. Bukan senang nak bersama program ilmiah mcm ni. Apatah lagi Mufti Perak turun sekali. Minta maaf banyak2 buat Cikgu Jamil dan Ust Abdullah, yang dari awal offer untuk aku ikut serta konvensyen ni. Tp malang saat2 akhir kudrat dan iradat Allah mengatasi perancangan manusia. Aku di takdirkan demam, jadi tak dapatlah ikut serta. Demam yang menimpa aku adalah satu ujian dari Allah swt apatah lagi di bulan Ramadan “kariim”(aku pinjam perkataan dari shbt2) Timbul persoalan, kenapa Al-Mubarak tak kerap diguna sekarang, dah tak relevan ke?@ nak wujudkan imej baru Ramadhan?kita serahlah kepada yang pakar bahasa(mungkin ust Khairul boleh bantu).ok.
Gian menulis blog ni tak dapat dielak jadi aku korbankan tenaga yang masih lagi ada untuk melepaskan rindu dan dukacitaku. Kenapa dukacita?emmm…ini berkaitan konvensyenlah jugak. Ye lah..ada peserta dari daerah aku (Kota Marudu) yang tertinggal bas atau lebih tepat ditinggalkan bas. Aku pun tak faham, berdasarkan jadual (rujuk di bawah)



9.30 pagi adalah waktu yang sepatutnya peserta menunggu, tp bila di telefon pemandunya (dlm jadual) dia beritahu lebih kurang jam 9.00 lagi di sudah bertolak ke Kota Belud. Jadi kesian sahabat2 yang yang ditinggal ni. Dari air muka mereka menampakkan perasaan yang sungguh kecewa. Siapa yang silap dalam kes ni???sama2lah bermuhasabah.Sabarlah sahabat yang ditinggal, mungkin ada hikmah di sebalik peristiwa ini>KDC45<

TERIMA KASIH JAKIM…….dari penduduk Kg Damai dan Bukit Lalang

15 Sept lepas JAKIM telah meluluskan peruntukan RM1400 untuk majlis berbuka puasa di dua surau di daerah Kota Marudu, iaitu Surau Kg Damai dan Surau Bukit Lalang(surau saudara baru). Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan. Aku pun tumpang sekaki lah. Wakil dari Kota Kinabalu iaitu Ckg Jamil Dayan, Ust Abdullah Din dan heronya, Dato Safari dan anaknya serta Ust Junaidi (fasih bahasa dusun) dan rakannya yang turut sama hadir telah memeriahkan lagi majlis. (untuk makluman….Ckg Jamil dan Ust Lah merupakan antara orang kuat dalam menjayakan majlis ni). Sebelum majlis berbuka, program menyampaikan sumbangan sempena ramadhan kepada beberapa keluarga telah diadakan. Kami berbuka puasa di Surau Kg Damai dan solat tarawikh di Surau Bukit Lalang. Nampaknya program ini berjaya dan mudah-mudahan akan diteruskan lagi untuk tahun-tahun yang akan datang. Penduduk di sini rata-ratanya sungguh gembira dan merakam ucapan terima kasih tak terhingga atas kerjasama dan keprihatinan dari pihak yang terlibat. >KDC45<


Tuesday, September 11, 2007

“arc” Bergotong Royong di Surau Kg Damai Kota Marudu
Alternative Riding Club cawangan Kota Marudu telah turun padang ke Surau Kg Damai pada 9 Sept lepas untuk program pertama kalinya sejak penubuhannya 31 Ogos 2007 lalu.Program gotong-royong bersama penduduk kampung membersihkan surau bermula jam 8.00 pagi lagi telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Program ini adalah bagi persediaan sambutan Ramadhan yang bakal menjelang beberapa hari lagi.






(Gambar: Ahli Kelab dan penduduk kg Damai bersama-sama membersihkan surau)