Thursday, October 25, 2007

MALANG TIDAK BERBAU
Petang tadi telah berlaku satu kemalangan di jalan raya menuju ke Kudat yang berdepanan dengan sekolahku (SMK Bengkongan). Keadaan agak riuh disebabkan ramai pelajar sekolah yang baru keluar setelah habis menduduki peperiksaan akhir tahun. Kemalangan ini melibatkan sebuah kereta Toyota Unser bertembung dengan sebuah Perodua Kancil. Mengikut maklumat orang awam, kereta unser yg agak laju menghala ke kudat telah melanggar kancil yang cuba memasuki dan membuat u-turn menuju ke Kota Marudu. Penumpang unser yang dikatakan ‘prebet sapu’ tu tidak mengalami kecederaan teruk kecuali pemandu kancil yang agak teruk tetapi masil lagi sedarkan diri. Inilah yang dikatakan malang tidak berbau. Apapun diharapkan kita semua berhati-hati semasa memandu dan pohonlah kepada Allah semoga kita dilindungi dari kemalangan seumpama ini dengan mengamalkan bacaan doa setiap kali manaiki kenderaan. Antara doanya ialah:

(Kedua-dua buah kenderaan yg rosak teruk dalam kemalangan tadi)
>KDC45<

Monday, October 22, 2007

CERAMAH AIDILFITRI BERSAMA DR BADRUL AMIN

Sekejap tadi aku bersama Ust Janis ke ceramah KEADILAN di Tandek. Kami pergi naik motorsikal, bimbang takut tak ada parking kalau guna kereta. Sampai di sana ceramah dah mula sebab kami agak lewat sedikit. Yang sempat didengar adalah ceramah dari Hj Ansari (peguam) dan Dr Badrul Amin. Sedap juga ceramahnya…apatah lagi jarang ada ceramah dari pembangkang di daerah ni. Banyak cerita baru dan lama yang perlu diambil perhatian oleh penduduk Tandek khasnya dan juga Kota Marudu amnya bagi memastikan mereka tidak lagi mengundi pemimpin yang zalim pada pilihanraya yang akan datang. Disana juga sempat kami berborak dengan ‘SB’ iaitu Husin dan Razali yang sedia menanti untuk mencari dan mendapatkan maklumat.
>KDC45<

Sunday, October 21, 2007

AIDILFITRI PENGUKUH SILATURRAHIM
Tahun aku telah pohon cuti awal untuk balik beraya dikampung. Alhamdulillah suasana sambutan hari raya terus meriah, walaupun tidak semua ahli keluarga yang dapat pulang beraya bersama-sama. Untuk kali ni aku beraya di kampung isteriku di Dusun Bunut,Kuala Krai. Raya kedua baru pulang ke Kemahang. Beginilah kalau dah berkeluarga kena pandai agih mengagih baru “timing” tak lari. Walau apapun kegembiraan menyambut Aidilfitri tetap tidak dapat dilupakan apatah lagi ia dapat mengikat dan mengukuhkan hubungan persaudaraan, baik sesama ahli keluarga dan juga sahabat handai(dpt jumpa Fauzi,Seli, Roza yang dah berapa tahun x sempat jumpa..kawan kamcin dulu2). Semoga Allah panjangkan usiaku agar dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri yang ke seterusnya untuk tahun-tahun mendatang.

(Keluarga abg kedua ku beserta kereta barunya bersama adik bongsu ku Ariff)


(Ibuku dan isteri serta anak2ku semasa menziarahi makam arwah bapaku)
>KDC45<

Friday, October 05, 2007

"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN"

Kepada sahabat2 pengunjung blog, aku doakan kalian sejahtera dalam Islam dan Iman. Esok aku dan keluarga akan pulang ke semenanjung untuk menyambut Aidilfitri. Jadi minta maaflah yang tak sempat bertemu mata. Apapun dikesempatan ini diucapkan"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN" daripada aku insan yang daif ini beserta keluarga (Pn Rosnani, Farhanuddin dan Adilah)

(Maaf, gambar lama.......)
>KDC45<

Thursday, October 04, 2007

AL-IKMAL SUMBANG PAKAIAN BUAT PENDUDUK KOTA MARUDU

Hari ini adalah hari terakhir pembahagian pakaian sumbangan Al-Ikmal buat penduduk Kota Marudu yang melibatkan Kampung Bengkongan dan sekitarnya termasuk pelajar sekolah. Sebelum ini beberapa kampung telah diagihkan pakaian termasuklah Kampung Bukit Lalang (saudara baru), Kampung Peso dan Kampung Damai. Nampaknya penduduk sangat gembira dengan sumbangan yang dihulurkan dan mereka mengucapkan ribuan terima kasih kepada Al-Ikmal yang sudi memberi sumbangan biarpun dipisahkan dengan lautan yang beberapa ribu kilometer jarak perjalanan. Wakil dari Kg Bukit Lalang iaitu saudara Jukin @ Zulkifli (bekas paderi) mengucapkan rasa syukur dengan sumbangan ini dan berharap sumbangan seumpama ini dapat memberi manfaat kepada penduduk. Mudah mudahan mereka yang menyumbang pakaian ini akan mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah SWT.

-Gambar atas, Jukin@Zulkifli (bekas paderi kristian) wakil penduduk Kg Bukit Lalang, menerima sumbangan dari Ust Jamrus wakil Al-Ikmal. Gambar bawah, kelihatan pelajar mendapatkan pakaian yang di agih.
>KDC45<