Thursday, January 31, 2008

SUMBANGAN PAKAIAN TERPAKAI MASIH DIPERLUKAN
Alhamdulillah stok pakaian terpakai yang dikumpul sebelum ini telah pun habis diagihkan dan melihat kepada situasi di Kota Marudu ni nampaknya ia masih membutuhkan benda seumpama ini dalam membantu masyarakat sekeliling. Sekurang-kurangnya ia dapat memberi gambaran kepada masyarakat tentang kebajikan yang dianjurkan Islam di mana semangat tolong-menolong menjadi agenda kehidupan penganutnya. Oleh yang demikian sayugia diharapkan mana-mana sahabat yang berminat untuk memberi sumbangan pakaian terpakai ini diharap dapat menghantar terus ke PASTI Kawasan Kota Marudu.Kalau boleh di kotakkan terus untuk memudahkan proses pengagihan nanti. Bagi yang berada diluar Kota Marudu bolehlah mengeposnya ke alamat :
ZAKARIA BIN MD ALI HANAFIAH,
SMK BENGKONGAN,
PETI SURAT 454,
89107 KOTA MARUDU, SABAH.
Tel Pejabat : 088-614521
Tel Rumah : 088-663417
H/phone : 013-9745489
TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN ANDA, SOMOGA ALLAH MEMBERI GANJARAN SETIMPAL ATAS KEBAJIKAN IKHLAS YANG DILAKUKAN.

Hadith Pilihan 1

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Di dalam al-Quran ada sebuah surat yang mempunyai tiga puluh ayat. Surat itu dapat memberikan syafaat kepada seseorang sehingga orang itu diampuni, iaitu surat Tabarakal ladzi biyadihil mulk - yakni surat al-Mulk."

Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud dan Termidzi. Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan shahih

Friday, January 18, 2008

UJIAN DEMI UJIAN
Baru sekejap tadi aku menerima panggilan dari keluarga di Kemahang menyatakan masalah yang berlaku pada adik bongsuku. Dengan keadaan kehidupan yang mudah dan senang menyebabkan amarah remaja menghantuinya membuat tindakan yang telah mencarik dan mengguriskan hati ibuku yang selama inipun sedikit-demi sedikit terguris dgn perbuatannya. Apa taknya....sekolah dah pandai ponteng, pandai dah bergewe sehingga membuat tindakan yang tidak sesuai sebagai seorang pelajar. Tahun ini dia akan menghadapi PMR. Katanya nak target 5A. Tapi adakah terget ini akan tercapai kalau perangai dan perlakuan ini sebagai persediaannya. Inilah ujian yang menimpa aku. Biarpun aku sebagai guru yang berkelulusan bidang kaunseling dan boleh berceramah untuk memberi motivasi, nasihat dan panduan kepada orang lain...tapi dengan adikku sendiri ini telah menjadikan aku sedikit hilang punca. Ada betullah, dalam kaunseling,orang terdekat tidak boleh dikendalikan utk sesi kaunseling. Inilah ujian yang menimpa untuk menguji kesabaranku. Lepas tu pula sekejap tadi juga dia telefon aku dan menyatakan kesediaan untuk berubah. Apa lagi......aku tak lepas peluang 'menembak dengan point-point yang munasabah'. Sebelum ni dia ada berhasrat nak tinggal bersama-sama aku di Sabah untuk berubah tapi adakah ini penyelesaiannya kalau dalam dirinya tidak ada kekuatan. Alasannya...kalau duk kat kemehe banyak kawan mengganggulah, susah itulah, susah inilah. Bagiku itu adalah alasan yang direka untuk menyedapkan adengan cerita ini yang masalah pokoknya sekarang ialah adakah benar dia bersedia untuk berubah. Kalau benar nak berubah jangan hiraukan gangguan kawan....jangan pedulikan cintan-mencintan ni...fokus kepada pelajaran, tunaikan perintah Allah, ikut nasihat mek dan abg kakak, ikut nasihat guru, banyak bertaubat dan berdoa dan pasti akan ada jalan penyelesaiaannya. Inilah nasihat aku padanya. InsyaAllah kalau ayeh mampu buat ini, harapan ayeh nak berubah tentu akan berjaya. Jangan ikut emosi remaja tu, harapnya dapat jumpa guru kaunseling disekolah untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian masalah ini.
>TNG3<

Friday, January 04, 2008

HAJI ITU RUKUN
Hari ini aku mendengar secara langsung tazkirah dari Ust Ismail Mamat dari Rusila Terengganu. Alangkah bagus teknologi IT ni menyebabkan aku yg berada di pedalaman Sabah ni pun dapat mengambil manfaatnya. Salah satu perkara penting isi penyampaian beliau yang nak dikongsi dengan kawan-kawan ialah tentang kefardhuan Haji kepada umat Islam. Hari ini sesetengah umat Islam lebih mengejar meterial lain dan meminggirkan kefarduan terhadap perintah Allah SWT ini. Contohnya, hari ini orang berebut nak buat rumah besar, nak beli kereta besar dan segala yang besar2 dan itu semua bukanlah satu kewajipan yg sebenarnya. Sepatutnya dahulukan yang wajib barulah, nak buat yg sunat ke, yang harus ke... . Ada juga yang beralasan bahawa kereta dan rumah besar tu dibeli secara pinjaman. Namun apakah tidak terfikir oleh akal bahawa kalau kita himpun duit tu secara sikit-sikit @ banyak-banyak sebagaimana kita bayar ansuran bulanan kereta sudah tentu 5-10 tahun dah cukup untuk melaksanakan kefardhuan haji ini. Kepada diri sendiri dan kawan-kawan harapnya dapat fikir dan buat perubahan untuk melaksanakan perintah Allah ini.
>TNG3<