Saturday, February 16, 2008

BANJIR TELAH MELANDA KOTA MARUDU
(Gambar Ehsan : Zamri Sari)










Hari ini banjir telah melanda Daerah Kota Marudu menyebabkan keresahan penduduk di sini termasuk aku dan keluarga yang tinggal menyewa di Taman TNG3. Pagi tadi air naik sampai nak mencecah lantai rumah, banyak kenderaan jiran2 telah dialihkan. Di pekan Goshen pun air naik sampai melimpah masuk dalam kedai2. Sehingga lewat petang tadi alhamdulillah air sudahpun surut namun hujan masih tidak berhenti (setakat berita ini di tulis). Nampak gayanya mungkin air akan naik lagi. Sepanjang aku menetap di Kota Marudu ni inilah banjir yang paling teruk berlaku sehinggakan pergerakan orang ramai lumpuh kerana banyak jalan2 utama di tenggelami air. Taman KDC pun tak ketinggalan termasuklah stesyen minyak berdekatan. Begitu juga taman TNG2 khabarnya juga dinaiki air. Petang tadi kami sekeluarga sempat meninjau-ninjau keadaan sekitar dan di dapati banyak tempat dah beransur pulih cuma beberapa tempat di Pekan Lama masih lagi ditenggelami air. Khabarnya di Kg Marudu Laut ramai yg terpaksa pindah ke tempat pemindahan iaitu di SK Ranau. Kesihan kepada mereka yang terlibat, apatah lg yang ada anak-anak kecil. Mudah-mudahan bantuan segera sampai kepada mereka ni. Harap YB jangan duduk dalam selimut je, turunlah bersama masyarakat yang ditimpa musibah ni. Bantulah mereka. Kan nak PRaya dah ni. Masa nilah rakyat nak menilai keperihatinan pemimpin. Kepada badan-badan yg bertanggungjawab pula bertindaklah dengan bijaksana. Pastikan masyarakat kita terbela.
>D69TNG3<

Thursday, February 14, 2008

FORUM PERDANA BERTUKAR JADI FORUM UMNO
Nampak jelas sekarang umno betul2 terdesak sehinggakan forum perdana HE Islam menjadi medan mengampu kerajaan pada malam ni. Bahkan dengan jelas panelnya merendah-rendahkan keupayaan dan kebenaran pihak pembangkang khususnya PAS dan Keadilan yang berhasrat menegakkan keadilan dan memerangi kezaliman dan kemungkaran. Sindiran-sindiran jelas mempertikai dan memutarbelitkan "Negara Kebajikan" yang dijanjikan pembangkang jelas menampakkan lagi karat biru minda umno totok panelnya. Angkat bakul sendiri menjadi point-point ahli panel utk disuap kepada hadirin. Yang dr. perempuan tu pun sama saja, mereka bersama-sama menjadi ilmuan sesat yang menyesatkan. Kerana mata benda dunia mereka sanggup menggadaikan kebenaran dan mempertahankan kebatilan. Berapa agaknya duit yg mereka dapat. Boleh ke nak guna untuk membeli syurga Allah diakhirat kelak? Yg pastinya kalau mereka terus menyesatkan kebenaran tanpa nak bertaubat silap-silap tempah tiket utk ke mana?(cuba teka). Mintak2 jauhlah. Meluat betul rasanya, bagaikan nak muntah mendengarnya. Paling dasyat panelnya yang bukan ust tu menjulang-julang kehebatan kepimpinan Melaka. Usah autalah, rakyat dah tahu, pemimpin Melaka memang tak layak jadi pemimpin kerana takut dengan tauke2 Babi "haram".
>TNG3 D69<

Sunday, February 10, 2008

PANGGILAN UKHWAH JAM 09.20MLM
Alhamdulillah, sekejap tadi aku menerima panggilan ukhwah dari kaum kerabat jemaah kampus dulu, "kak Shimah" isteri abg Sob. Sapaan awal melihatkan suara kegembiraan dan ini membuatkan semangat utk pindah kesemenanjung kembali menghantui kotak fikiranku. Mereka sekeluarga dah berapa tahun pindah ke Raub Pahang, cuma aku yang masih berada di Kota Marudu lg. Harapnya tahun ni dapat pindahlah. Kalau tak dapat pindah ke Pahang.....ke Kelantan pun ok lah. Apa yang kami bualkan td tentang tanah lot di Pasir Putih yang masih dalam tagihan utk menjadikannya sebagai hak milik. Aku yg dah berapa tahun lunaskan bayaran tanah lot tu pun sampai skrng belum mendapat keputusan hitam putih. Yang mana sahabat2 tak jelas lg tu tentu lama lagilah kot nak selesai. Hrp2 semua dapat jelaskan awal. Sbb dari maklumat yang diberikan oleh "Manager" kalau ada 4 org yg dapat lunas awal sudah boleh pecah lot tanah tu. Aku bimbang ini boleh merencatkan maksud asl projek perkampungan Islam. Mudah-mudahan sahabat lain tak tangguh bayaran. Biarpun sebelum ni ada juga cerita untuk memberikan saguhati kepada yg dah jelas bayar (sbg motivasi) kerana hasil yg diperolehi dari torehan getah namun ia juga tak menjadi kenyataan. Aku ok je, sbb ini mungkin masalah teknikal yang belum dpt dibereskan lg. Ye lah, bila tanah tu dah jd harta "faraid" agak susah sikit pengurusannya,...bersabarlah. Tp kalau betullah ada hasil dari tanah tu harap2 dapatlah dibank in kan . Taklah kempunan nanti. Mudah-mudahan perkara ini dapat di settlekan dengan segera. TQ Manager.
>TNG3 D69<

Friday, February 08, 2008

BANTUAN UNTUK SAUDARA BARU DIPERLUKAN
Tadi ust Baharuddin memaklumkan perlu bantuan untuk 350 orang saudara baru mengikuti kelas pengajian yang diadakan pada setiap hujung minggu di Masjid At-Taqwa, Masjid Daerah, Kota Marudu. Setakat ini yang belum mencukupi ialah :
1) Papan Whiteboard 12 buah
2) Buku Iqra' 250 buah
3) Buku mari sembahyang bergambar 250 buah
4) Buku Fardhu ain (Tauhid, Feqah, Akhlak) 250 buah
Mana-mana yang nak bagi sumbangan boleh hubungi :

UST BAHARUDDIN MARDIA,
JHEINS KOTA MARUDU.
TEL : 012-8342203
088-663997(rumah)

Atau,

ZAKARIA MD ALI HANAFIAH
SMK BENGKONGAN ,
PETI SURAT 454,
89107 KOTA MARUDU, SABAH.
TEL : 013-97545489
088-663417 (rumah)

"TERIMA KASIH DI ATAS SUMBANGAN ANDA"


MASJID AT-TAQWA KOTA MARUDU MENJADI TEMPAT EDARAN VCD MENFITNAH PEMBANGKANG
Hari ini selepas solat Jumaat tadi aku di datangi Hasan, Tok Siak masjid dan dia telah memberikan aku 2 keping VCD percuma tentang IFC-anti Islam. Katanya ada orang yang minta tolongnya mengagihkan. Mulanya aku ambil saja tanpa ada keraguan. Sepanjang pulang kerumah menaiki kapcai EX5, baru aku terlintas. "VCD percuma" tadi yang tak silap aku hampir 50 keping atau lebih dari mana datangnya. Susah nak dapatkan sesuatu yg percuma sekarang ni dan siapa pula yg menjadi tuan punya vcd tu. Balik rumah terus aku pasang kat player, rupa2nya vcd percuma itu adalah dakyah fitnah parti pemerintah sekarang "BN" memburukkan Anwar Ibrahim, Tok Guru Hj Hadi, KEADILAN, PAS dan lain-lain pemimpin pembangkang yang dikaitkan dengan IFC. Terus aku menelefon kawan-kawan termasuk me SMS kpd ustaz Kahar untuk menghubungi siak berkenaan dan memastikan vcd itu tak diedarkan lagi kerana ia adalah fitnah besar yang boleh merosakkan pemikiran masyarakat Kota Marudu kepada membenci pembangkang yang sebenarnya betul2 berjuang menegakkan keadilan. Inilah bahana BN yang menjadikan masjid utk menyebar fitnah dan menggunakan masjid utk tujuan politik murahan. Nanti aku akan berusaha untuk mencari tuan punya yang bertanggungjawab menyediakan vcd itu.......tunggulah nanti. Mudah-mudahan ada jawapannya. Sama ada mereka itu SB, atau pemimpin UMNO atau pemimpin PBS...yang pasti mereka jelas sebagai kuda tunggangan kerajaan. Dan perbuatan mereka menyebar fitnah dan propaganda ini adalah perbuatan dosa yang dimurkai Rasulullah dan Allah SWT.
>TNG3<

Saturday, February 02, 2008

SB KOTA MARUDU DAH MULAKAN GENDANG PR
Minggu sudah Ust Khairul ada mesej aku tentang seorang sb telah meminta buku rujukannya setelah selesai menyampaikan kuliah di Masjid At-Taqwa. Kata sb terbabit bossnya yang mahu. Bagi aku kes sb mendapatkan buku kuliah hadith akhir zaman yang antara salah satu isinya berkenaan "harta kekayaan negara berlegar di kalangan pemimpim" memberi isyarat bahawa tugasnya sebagai kuli kerajaan @ bahasa kebanyakan blogger "kuda tunggangan kerajaan" sempena PR yang bakal menjelang telah bermula. Inilah perang psikologi untuk menakutkan para ustaz kita dari menyampaikan benda2 yang haq. Dia orang lebih suka kalau khutbah-khutbah atau kuliah-kuliah ni berisikan mengampu kerajaan dan kalau boleh jangan disentuh soal-soal penyelewengan kepimpinan negara. Inilah satu kesilapan besar fahaman yang menular dalam masyarakat. Ada sesetengahnya lebih takut kepada pemimpin dari takutkan Allah. Kalau di arah itu ini oleh pemimpin....segera je ikut atau buat. Tapi .....kalau arahan Allah banyak yang dilanggarnya. Contohnya, ada yang sanggup sambut pemimpin untuk satu-satu majlis sehingga mengabaikan solat. dan ada yang mengampu2 pemimpin biarpun sudah tahu pemimpin itu tak betul. Sabarlah ust Khairul.....inilah ujian dalam perjuangan.
Teruskan usaha dakwah, semoga kita senantiasa dirahmati Allah.
>D69,TNG3<