Sunday, June 29, 2008

“MERBAHAYA”!!!Jambatan Ke SK Tandek dimana kesudahannya.
Projek menggantikan jambatan lama di kawasan pedalaman Sabah , di daerah Kota Marudu di sini menjadi tandatanya dan menimbulkan keresahan penduduk bilamana ianya tak berkesudahan apalagi keadaan sekarang ini boleh mengancam nyawa masyarakat. Projek yang telah hampir 70 peratus siap ni telah agak lama terbengkalai dan yang menghairankan ianya tidak diselia dan dipantau dari semasa ke semasa tetang ciri-ciri keselamatan kepada orang awam. Kontraktor yang bertanggungjawab membina jambatan ini sebagaimana yang tertera dipapan projek ialah Syarikat Brumas Jaya Sdn Bhd yang mana ia semacam gagal meletakkan sebarang papan tanda keselamatan. Tidak mustahil kepada mereka yang jarang melalui jalan ini boleh terjatuh dari jambatan yang terbengkalai ini. Dibimbangi ianya akan meragut nyawa orang awam yang tidak berdosa. Harapnya pihak-pihak bertanggungjawab sama ada JKR dan lain-lain mengambil tindakan dengan segera. YB juga harapnya tidak terlepas pandang tentang kes ini. Apa yang masyarakat enehnya kenapa ia terbengkalai?Adakah peruntukan sudah habis atau tidak mencukupi?ATAU kontraktor pembinaan telah gulung tikar?

(Jambatan terbengkalai yang bakal membawa padah)
**Isu ini telah di hantar ke borneo post dan sabah time.Mudah2an diambil perhatian.

Saturday, June 21, 2008

SEMINAR PERUBATAN ISLAM SIRI II BERJAYA
Kota Marudu-15 Jun 2008, Seminar Perubatan Siri II yang diadakan disini mendapat sambutan yang luar biasa dari masyarakat sekitar. Pihak penganjur iaitu Jawatankuasa Masjid At-Taqwa yang pada awalnya membuka penyertaan kepada 80 orang terpaksa menambah cetakan kertas kerja bilamana kehadiran orang ramai melebihi apa yang dijangkakan. Pembentangan dan huraian ayat2 ruqyah oleh Ustaz Trimizi yang diselangi dengan kisah2 benar sepanjang menjalankan khidmat perubatan Islam menarik perhatian peserta seminar. Pada sebelah petangnya pula apabila klinik perubatan dibuka kelihatan bertambah lagi penyertaan untuk rawatan sehinggakan proses rawatan terpaksa disambung selepas solat Maghrib . Pada seminar kali ini apa yang menariknya ada di kalangan penduduk kristian yang mendaftar dan mengikuti seminar dan mudah-mudahan ia memberi ruang penyebaran dakwah tentang kehebatan dan kebenaran Islam. Untuk siri seterusnya pihak penganjur tidak dapat menentukan tarikhnya lagi dan InsyaAllah sekiranya tidak ada halangan ia akan diadakan pada tahun ini juga. Sama-sama kita nanti dan ikuti.

Saturday, June 14, 2008

PENGUMUMAN !!!
SEMINAR PERUBATAN ISLAM SIRI II
Bersama : Ustz Trimizi Zainal Al-Hafiz
(Darul Quran, JAKIM, Universiti Yarmouk Jordan)
TARIKH : 15 JUN 2008, TEMPAT : MASJID AT-TAQWA KOTA MARUDU
Muslimin Muslimat yang berminat menyertai seminar
atau merawat penyakit ganjil boleh mendaftarkan diri
sehingga/pada : 14 Jun 2008 jam 1.00 –3.00ptg di Masjid At-Taqwa, Pekan Kota Marudu.
Pertanyaan, Sila Hubungi : 0148650145 / 0148633244 / 0195848107 / 0148608007

KHUTBAH JUMAAT MASJID AT-TAQWA
KOTA MARUDU
06 Jun 2008
Tajuk : Katakan Tidak Kepada Arak
Khatib : Zakaria Md Ali Hanafiah