Saturday, August 09, 2008

PESTA "MAT PINTAR" DI MASJID AT-TAQWA KOTA MARUDU
Pagi ni seperti yang dirancang susu untuk kesihatan dari syarikat SID tiba di Masjid At-Taqwa. Alhamdulillah...suasana bagai pesta bila ramai yang berebut-rebut mendapatkannya. Jumlah yang dihantar adalah satu trailer (1800 kotak besar). Walaupun tujuan asalnya untuk pelajar muallaf/saudara baru namun ramai juga penghuni pasar berdekatan mengambil peluang mendapatkan susu yang "Bukan Untuk Dijual" ni. Tak apa lah. Ada yang ambil 1 kotak, ada 2 kotak, ada tiga kotak dan tak mustahil ada yang ambil lebih dari 5 kotak. Itulah....bila barang free tentu ramai berkehendakkannya. Susu itu juga di hantar juga untuk Masjid Pekan Lama sbb dengar cerita jemaah sana ada majlis gotong royong nanti. Apapun syukurlah kerana baki terakhir yang ada di stokkan tadi lebih kurang 35 kotak aje lagi. Harapnya hari ni dapat settle semua. Terima kasih Cikgu Jamil dan sahabat-sahabat di KK. Begitu juga ust Baharuddin yg banyak membantu melancarkan pembahagian susu td.

USAH BERLEBIH-LEBIHAN
Kelmarin semasa aku naik kapcai nak ke program JQAF di SMK K.Marudu aku terserempak dengan sebuah lori yang terangkat kepala dan kedua2 tayar depannya. Kenapa???Kerana mengisi muatan yang berlebih-lebihan. Memang sifat sesetengah manusia kadangnya nak cepat untung dan nak menjimatkan sehinggakan terpaksa menperjudikan keselamatan dirinya. Nasib baiklah kelmarin tidak melibatkan pihak lain, kalau tidak...........(tuan/puan tentu ada jawapannya)
*Moralnya : Islam Mengajar Manusia Bersederhana

Friday, August 08, 2008

BILA CKG ANDROD MULA JADI BLOGGER
Hari ini jiran setaman TNG3 dan merangkap Secretary Taman telah mempelawaku mengunjungi laman sesawangnya. Dilihat dari kandungan yang selalu di update serta isu semasa, puisi dan lontaran pandangan dan idea yang terkini dicatatmuatkan menampakkan kesungguhannya dan keperihatinannya dalam mengupas isu masyarakat. Aku belum lagi meneroka sepenuhnya tapi bg mereka yang nak menerokanya layarilah :http://yomogun.blogspot.com. TAHNIAH BOSS!!!.