Wednesday, March 04, 2009

KERTAS PENGAJIAN PERNIAGAAN 2 SUSAH KE?
Hari ini berlangsung ujian untuk paper PP2 yang mana aku ditugaskan untuk menyediakan soalannya. Nampaknya ramai calon yg mengambil kertas ni mcm tidak bersemangat untuk menjawab walhal soalan yg dibuat tu sudah cukup mudah dan ringkas. Hieees..tak tahulah nak kata. Adakah mereka tak cukup persediaan atau sememangnya mereka tidak mahu menjawab???

Monday, March 02, 2009

TAHNIAH SAHABAT-SAHABAT DI KDC

Sekalung ucapan tahniah kepada sahabat-sahabat di KDC Kota Marudu, Sabah yang tetap tekun melaksanakan agenda dakwah. Prog terbaru yang dilaksanakan jelas menunjukkan sesuatu bermakna dan bermanfaat. Antaranya Program Penerangan Dan Kutipan Derma Palestine dan Liqa’ Tafaqquh serta Majlis Perpisahan & Meraikan Guru-guru baru. Di sini aku nak ucapkan Tahniah kepada Ust Rafie Ghalil Abbas dan Ckg Imran yang dapat bertukar ke K.Kinabalu. Khabarnya Ust Rafie dilantik sebagai penyelia di PPD, tahniah sekali lg. Apapun aku yang dah bergelar X-KDC ni nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Ust Rafie yang telah banyak memberi sumbangan kepada perjalanan dakwah di Kota Marudu. Mudah-mudahan beliau akan teruskan usahanya walaupun dimana jua berada. TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR