Sunday, May 24, 2009

(En Mokhtar Pet sdg memberi ceramah)
KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU TINGKATAN 6
Skrg aku berkursus di BTPN Negeri Kelantan. Menariknya, hari ni dpt bersama-sama penulis buku Pengajian Perniagaan, En Mokhtar Pet. Banyak input yg diperolehi. Aku di sini sampai esok. Malam ni mungkin bermalam di sini.

Tuesday, May 19, 2009

KARTU BUAT GURU

Guru…
Ku utuskan kartu pujangga
Pengganti diri kerdil
Berpaut pada curahan ilmu Mu
Biar seketika cuma aku bertamu

Guru…
Kau penyebar bondonan ilmu
Dari petahan sebutan rasa
Nun jauh penuh keikhlasan
Membawa sinar budi insan
Membawa sinar kecemerlangan

Guru…
Kau ratahkan kudrat se ada
Pecahkan ruyung intan permata
Manfaat ilmu kan pasti disulami bahagia
Kau aliran sungai sentosa
Jemu Mu jangan sekali diminta

Guru…
Perjuangan Mu tidak bernoktah
Lantaran getir kadangnya melatah
Tapi …… kau cukup gagah
Demi agama dan anak bangsa bertuah

Guru…
Kenangku padamu tiada balasan
Hanya ku harapkan kayu ukuran dari Tuhan.


Nukilan
Zakaria Md Ali Hanafiah
Bukit Guntung 2001
* Puisi ini ditujukan khas kepada semua guru-guru yang telah mendidik dan mngajar aku semenjak dari SK Kemahang 1, SMK Kemahang, UPM Terengganu, SMK Bukit Guntung, SMK Kanibongan, SMK Bengkongan dan SKM Ayer Lanas .
* juga utk rakan2 guruku

Sunday, May 17, 2009

SAMBUTAN HARI GURU SMKAL MERIAH
Alhamdulillah, sambutan hari guru peringkat SMKAL berjaya dilaksanakan tadi. Aku yang ditugaskan mengepalai majlis sambutan amat berpuas hati dengan kerjasama dan semangat tolong menolong dikalangan rakan2 guru dan pelajar (khasnya pengawas sekolah). Perlbagai acara telah diatur termasuklah bacaan perutusan, sukaneka dan persembahan dari guru dan pelajar di dewan. Sikap guru dan pelajar yang sporting menyebabkan program kali ini hidup dan mendapat sambutan hangat. Terima kasih kepada jawatankuasa perlaksana yang bertungkus lumus menjayakan pengisian program sehingga ke penghujung. Cuma pada hari guru tahun ini salah seorang dari rakan guru iaitu Ust Sofian tidak dapat ikut serta kerana bapanya telah kembali ke rahmatullah kelmarin. Al-Fatihah buat arwah.
(Guru menyanyikan lagu sambutan)

(Murid2 tekun mengikuti acara)

(Salah seorang guru menunjukkan skill bowling kelapa)

12 GOLONGAN DI HARI AKHIRAT
Firman Allah swt dalam surah al-Naba ayat 18:-
"Iaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok-kelompok."
Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?" Maka Rasulullah saw menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda. Lalu baginda menjawab:
"Ya Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga. Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-
1. Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.
2. Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah lengahkan solat lima waktu.
3. Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.
4. Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.
5. Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.
6. Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.
7. Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.
8. .Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.
9. Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.
10. Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.
11. Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras. Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:
12. Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."

AKHIRAT JUA YANG ABADI
Hidup di dunia adalah tumpangan sementara waktu saja. Lepas itu kita akan menginap di satu tempat yang kekal di akhirat iaitu syurga atau neraka. Di dunia, kita ditugaskan mencari seberapa banyak bekal untuk dibawa ke akhirat. Dunia bukan tempat bersenang-lenang. Kesenangan di dunia sementara dan bersifat palsu. Begitu juga dengan kesusahan di dunia ianya sementara dan palsu. Perlulah kita fahami bahawa kesenangan di dunia bukan betul-betul senang kerana kemungkinan sekali ia menjadi bala, sementara kesusahannya pula mungkin menjadi satu rahmat dan kenikmatan pula. Dunia adalah tempat kita ditipu dan menipukan.
Akhirat sahaja tempat yang kekal di mana kesenangannya adalah mutlak 100% dan kesusahannya juga 100%. Menyedari hakikat ini, perlulah kita menyediakan perbekalan untuk satu perjalanan yang sangat jauh. Kekurangan bekalan akan amat menyulitkan perjalanan kita. Dalam menjalani kehidupan seharian, kita sering lupa akan matlamat kehidupan kita yang sebenarnya. Lantaran itu Allah seringkali memberi peringatan (notis) supaya kita tidak lupa akan matlamat penghijrahan kita ke alam Baqa'. Notis demi notis dikenakan ke atas diri kita, tetapi kita tidak faham-faham atau tidak reti bahasa dan gembira malah semakin besar tawanya. Kalau SESB memberi notis pemotongan elektrik, kita menjadi kelam-kabut, tetapi bila Allah menghantar notis, kita buat acuh-tak-acuh saja.Nabi Musa pernah memberitahu Malaikat supaya segera memberitaunya sebelum mencabut nyawanya. Tetapi tatkala akan diambil nyawanya, Nabi Musa bertanya kenapa Malaikat itu tidak memberitaunya lebih awal. Malaikat segera menjawab, Allah telah banyak kali menghantar peringatan demi peringatan.
Di antara peringatan (notis) yang dihantar oleh Allah ialah semasa pertukaran rambut hitam menjadi putih, gigi menjadi rongak, mata bertambah kabur, pendengaran bertambah kurang, badan segar menjadi layu, kuat menjadi lemah, muda menjadi tua, kulit semakin kendur dan sebagainya.
Ada 3 kategori manusia dalam menghadapi kematian :
Pertama : Bila teringat akan mati, terasa lapang hatinya. Hatinya menjadi suka. Kelompok manusia dalam kategori ini ialah mereka yang benar-benar berilmu dan telah penuh keimanannya terhadap Allah dan hari akhirat. Mereka telah mencapai makrifat terhadap Allah. Ini ialah maqam tertinggi yang dimiliki oleh para wali.
Kedua: Apabila teringat mati, hatinya menjadi takut, kecut dan gementar. Mereka ialah orang-orang kafir yang tidak sanggup berjumpa dengan Allah. Mereka seumpama binatang-binatang liar kepunyaan seseorang. Apabila tuannya hendak mengambilnya, dia cuba melarikan diri tetapi dapat ditangkap secara paksaan. Kematian mereka amat menghinakan.
Ketiga: Golongan ini merasa dukacita dan takut terhadap kematian. Tetapi apabila telah mengalami mati, dia berasa sukacita. Malahan jika diberi pilihan, mereka tidak akan mahu kembali ke dunia semula. Mereka telah dapat mengecapi dan menikmati alam yang lebih kekal dan lebih baik daripada alam fana yang penuh dengan kesusahan dan kesengsaraan. Golongan ini ibarat seorang bayi yang baru lahir dari perut ibunya. Semasa akan keluar, bayi akan menangis kerana menyangka hidup di dalam perut ibunya lebih baik dan nyaman daripada alam dunia. Tetapi apabila telah lahir di dunia ini, dia tidak akan mahu kembali ke dalam perut ibunya meskipun diberi pilihan. Manusia yang termasuk dalam golongan ini ialah orang-orang beriman yang belum mencapai taraf tinggi atau orang mukmin biasa.
Marilah kita berlumba-lumba mencari bekalan untuk akhirat. Janganlah kita asyik berlumba-lumba mencari bekalan dunia sehingga terlupa pertemuan kita dengan Allah. Kematian hanya penghijrahan atau perpindahan alam; berpindah dari negeri binasa ke negeri yang kekal abadi. Allah telah menghantar banyak notis kepada kita dan jadikanlah ia sebagai pedoman untuk menyedarkan diri tentang kematian yang sudah tentu akan menemui kita. Wallahu 'Alam

DOA SEMPENA HARI GURU

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ َالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ
عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah , Tuhan Semesta Alam

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis sambutan Hari Guru 2009 peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas pada pagi yang berbahagia ini dengan tema :
“GURU PEMBINA NEGARA BANGSA”

يا الله ياعزيز يا ستارفعال لما يريد
Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru itu kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas untuk menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh
aktriviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan
keredhaanMu semata-mata .

Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinanMu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada saf pendidik yang budiman terhadap anak-anak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri . Kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana amnya .

يا االله يا مكوراليل والنهار
Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatanMu ya Allah kurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur , mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami , mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami , kami sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru , semoga kami
menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama ,
bangsa dan Negara yang tercinta .

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ،
وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ،وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Thursday, May 14, 2009

BERSABARLAH ISTERIKU SAYANG, INI UJIAN DARI ALLAH
Kelmarin isteriku telah menjalani pembedahan, setelah Isnin lepas di tahan di Hospital Tanah Merah. Nampaknya tubuhnya masih lagi lemah setelah hampir 2 jam menjalani pembedahan. Hari ni alhamdulillah suaranya dah nampak bersemangat (dr perbualan tel) td. Ingatlah isteriku, inilah ujian Allah kepada hambanya. Mudah-mudahan dengan kesabaran ini akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT.
(Mula memasuki dewan bedah, jam 12.23 tgh)
(Tubuh yang masih lemah selepas pembedahan)

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT ADIKKU "MOKSU WANI"

Tanggal 8 Mei lepas kami mengadakan majlis kesyukuran sempena perkahwinan adik bongsu perempuan dan juga kesyukuran kerana ibuku selamat pergi dan pulang menunaikan kefardhuan haji lps. Terima kasih kepada mereka yang bertungkus lumus menjayakan majlis terutama jiran dan waris warah. Kepada tetamu yang hadir juga diucapkan ribuan terima kasih. Alhamdulillah majlis berjalan dengan jayanya.

Sunday, May 03, 2009

STOPA MAMAT TIBA-TIBA KE SMKAL
Pagi ni SMK Ayer Lanas dikunjungi Stopa Mamat, menteri perdagangan dan industri antarabangsa. Apa matlamat tersirat dari kunjungan ini Allah yang tahu. Adakah utk mempromosikan diri dan jawatannya atau mempromosikan jasanya atau sememangnya ikhlas untuk menyelesaikan masalah rakyak kebanyakan terutama warga SMKAL ni. Perhimpunan kami pagi ini di selitkan dengan ucapan beliau seterusnya merasmikan program penutup minggu bahasa. Dalam ucapannya banyak menyebut jasa-jasa serta sumbangannya utk parlimen Jeli. Begitu juga apa yang akan dilaksanakan nanti. Begitulah orang politik. Selepas itu kami ada dialog lagi bersamanya. Apapun yang bagusnya hari ni beliau berjanji akan memberi peruntukan baru menggantikan PA sistem sekolah yang uzur. Nasib baik juga semasa pegawai PPD berucap td mic tidak berfungsi dengan baik. Ada juga alasan yang munasabah. TKasih stopa @ dato' pa. Semoga Allah membalas jasa baik dato.