Sunday, June 28, 2009

BERSEDEKAH UNTUK AKHIRAT

Suatu ketika Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tatkala seorang anak Adam meninggal dunia, maka terputuslah (pahala) seluruh amalnya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak saleh yang mendo’akan (orang tua)nya.” (HR. Muslim dari Abu Hurairah)
Melalui hadits di atas, Rasulullah menginformasikan kepada kita, bahwa ternyata ada beberapa amalan manusia di dunia, yang ketika ia telah mati pahalanya masih terus mengalir selamanya. Di antara amalan itu adalah sedekah, yang mana ia bersifat lebih umum dibandingkan zakat. Sebagian kalangan beranggapan bahwa kewajiban seorang muslim terhadap hartanya hanya terbatas pada penunaian zakat saja. Setelah menunaikan zakat, tuntaslah kewajibannya atas harta yang dimiliki. Padahal, di samping zakat, ada juga perintah agama tentang anjuran bersedekah. Yang mana, sedekah mempunyai dimensi yang lebih luas, yaitu memberikan bantuan berupa apa saja kepada setiap yang membutuhkan. Dan, sedekah bisa dilakukan kapan saja, tak harus menunggu momen tertentu.
Oleh sebab itulah, Islam sangat menganjurkan kepada umatnya agar senantiasa bersedekah. Di samping dalam rangka membantu sesama guna meringankan beban, pahala sedekah juga mengalir terus hingga Hari Perhitungan (hisâb). Bersedekah adalah bekal hidup di akhirat. Lalu, benarkah bersedekah selalu identik dengan pemberian sesuatu kepada seseorang? Jika demikian, berarti orang miskin tak punya kesempatan untuk bersedekah? Pertanyaan dan ungkapan seperti ini konon pernah juga dirasakan oleh para sahabat Nabi. Yaitu seperti yang dikisahkan oleh Abu Dzar, bahwa sekelompok sahabat Nabi pernah bertanya: “Wahai Rasulullah, orang-orang kaya itu pergi dengan membawa gaji yang banyak. Padahal mereka mengerjakan sholat sebagaimana kami juga mengerjakannya, mereka berpuasa sebagaimana kami juga berpuasa dan mereka bisa bersedekah dengan kelebihan harta mereka!?” Kemudian Rasulullah menjawab: “Tidakkah Allah juga telah menjadikan apa yang kalian miliki untuk kalian sedekahkan? Sesungguhnya setiap kalimat tasbîh yang kalian ucapkan adalah sedekah, setiap takbîr adalah sedekah, setiap tahmîd adalah sedekah, setiap tahlîl adalah sedekah, setiap amar ma’ruf kalian adalah sedekah, setiap nahi munkar adalah sedekah dan setiap kalian mendatangi istri-istri kalian (jimâ’) adalah sedekah!” (HR. Muslim).
Dalam riwayat lain juga disebutkan bahwa menyingkirkan duri dari jalanan pun dihitung sedekah (HR. Bukhari dan Muslim). Dan, masih banyak lagi dimensi-dimensi sedekah yang bisa ditempuh oleh siapa saja, baik si kaya maupun si miskin, tak pandang buluh. Demikianlah, betapa besar kasih sayang Tuhan kepada manusia, sehingga Dia menyediakan fasilitas yang begitu mudah untuk bersedekah, sebagai investasi setelah mati.[]

PROSES PENDAFTARAN BIBI DAN NANAI BERJALAN LANCAR
Hari ni merupakan hari bersejarah buat bibi dan nanai yang mula menjejak kaki ke SMK Ayer Lanas. Tidak lain dan tidak bukan tujuannya untuk meneruskan kesinambungan menuntut ilmu setelah terpaksa berhijrah dari Kota Marudu Sabah kerana masalah peribadi dan keluarga yang menimpa mereka berdua. Sampai di sekolah pula sambutan baik dari pelajar membuatkan aku rasa senang hati untuk meneruskan niat hati ini agar mereka bersekolah di sini. Alhamdulillah proses pndftran berjalan lancar dengan kerjasama baik dari pihak pengetua sekolah dan juga pegawai pelajaran daerah Jeli termasuk Cikgu Zainal (cikgu semasa aku bersekolah dahulu di SMK Kemahang) yang merupakan pegawai unit pengurusan sekolah. Sempat lagi kami dibelanja minum. Pihal penyelia asrama juga memberi lampu hijau dari awal lagi .
InsyaAllah hari Rabu ini mereka akan memasuki asrama (berdasarkan pilihan mereka sendiri) dan sementara waktu ini mereka menetap di teratak sewaku.

Saturday, June 27, 2009

UKHWAH FILLAH TIDAK MENGENAL SEMPADAN NEGERI
Hari ini kami didatangi sahabat jauh nun negeri di bawah bayu Ust Farhan Al-Hafiz bersama rombongan. Alhamdulillah sempat juga menjamu mereka dgn pulut durian. Inilah ukhwah biarpun jauh kalau ditakdirkan Allah sudah tentu dapat berjumpa mesra biarpun baru bersemuka bertentang mata. Tentu ramai daripada sahabat mengenali Ust Farhan yang banyak terlibat dalam maahad tahfiz, program saudara baru dan selalu keluar siaran astro oasis. Kedatangannya bertujuan membawa dua murid sekolah lamaku untuk diatur belajar di sini. InsyaAllah esok akn aku aturkan pendaftaran mereka berdua adik beradik.

Friday, June 26, 2009

TAUTAN KASIH PADA DUSUN
Hari ini kami sekeluarga tidak lepaskan peluang untuk masuk dusun buah di K.Krai, maklumlah esok ada sekolah ganti pulak. Kebetulan pula aku pun dok menunggu Siti Maisarah dari Sabah untuk diurus belajar di sini. Walaupun keadaan perut yg agak tidak selesa aku gagahkan juga untuk memungut buah durian gugur. Memang best. Anak-anak pun gembira biarpun keletihan mandi sungai dan terpaksa berjalan jauh sedikit untuk sampai ke kebun.

(Durian dan proses pembersihan)

(Buah apa ni?cuba teka)

(Dalam perjalanan & Santai santap durian)

(Gembira keletihan berangkat pulang)

Tuesday, June 23, 2009

MUSIM BUAH SEDANG MENUNGGU GILIRAN
Ada luang semasa holiday sempat masuk menziarahi kebun dan memantau perkembangan buah-buahan. (nasiblah kebun yg dah ada tanaman). Nampaknya tak lama lagi insyaAllah buah-buahan akan masak. Ada durian, manggis (seto), rambai, rambutan, machang, salak madu (yg x bermusim), dokong dan lain2. Walaupun durian dijangka akn menjadi baja tanah, namun hakikatnya tidak begitu. Banyak pohon durian yg tak lekat buah dan bunga gugur tanpa berputik. Tapi yang pasti adalah berbaki. Machang dah luruh, buah star dah nak habis dan yg lain2 lg mungkin bulan Ogos nanti kemuncaknya. Bestnya, inilah dunia life kehidupan kampung, kalau kat bandar buah2 dok di gerai2 tp di kampung buah fresh di kebun dan pohon2. Boleh petik dan makan sepuasnya. Inilah nikmat kurniaan Ilahi. Alhamdulillah...................
(Buah Durian Kampung)

(Seto yg masih menghijau)

(Salak yg x bermusim)

(Rambai menghijau)

(Dokong yg x seberapa)

BROADBAND PENAWAR RINDU

Alhamdulillah, aku dah dpt dftr broadband celcom pakej RM50/bulan. Hilanglahlah sudah rinduku pada internet. nak harapkan streamyx di sekolah kdg ok, kdg x ok. Maklumlah kalau yg guna kabel ni susah sikit sbb kdg2 kabel kena curi dan banyak lagi kerenah lain. Sbb itu blog tak dpt update semanjak 2 menjak ni.
Mudah-mudahan lps ni dptlah berkomunikasi...apa yg penting :
-dpt berhubung dgn rakan taulan
-dpt mengetahui berita semasa khususnya politik, yg t'hngat skrg PRK Manik Urai
-dpt cari maklumat dan lain2


(Gambar kenangan:Ust Baharuddin Mardia, baju putih bersama Che'gu Jamil semasa majlis berbuka puasa di Kg Damai, Kota Marudu, 3 tahun lps)
PERGINYA SEORANG PEJUANG ISLAM
6 Jun lepas aku mendapat perkhabaran tentang kembalinya kerahmatullah Ust Baharuddin Bin Mardia. Beliau dikatakan mengalami serangan jantung. Beliau bagiku seorang yang komited dalam menyampaikan dakwah khususnya di Daerah Kota Marudu dan di Sabah amnya. Jasa bakti beliau memang banyak. Beliau antara pendakwah yg paling aktif dan penduduk daerah Kota Marudu sudah pasti merasakan kehilangan besar tokoh agama ini. Takziah ku ucapkan kepada Cikgu Rosmih, Isterinya semoga arwah berada bersama-sama orang-orang yang soleh. Amin…Alfatihah.

Thursday, June 04, 2009

AKU DAN HARI JADI

Hari jadi ni mmg dah sebati dlm banyak bangsa. Org Islam pun ramai yang meraikannya. Apabila kita meraikan sesuatu, lazimnya kerana kemenangan, kejayaan tertentu yang begitu bernilai.Tetapi berbeza dgn hari jadi. Hari jadi bukan diraikan untuk meraikan kemenangan. Tidak ada apa-apa kemenangan. Terlalu ramai orang yang dengan mudah dapat hidup dari tahun ke tahun. Walaupun dia adalah penagih dadah, ‘kejayaan’ hari jadi tetap boleh dikecapi dengan mudah. Birthday Nabi SAW disambut kerana hidupnya sangat bermakna, dan tidak semua orang boleh melakukan sebagaimana akhlak Rasulullah SAW. Adakah akhlak kita setanding Rasulullah SAW sehinggakan hari jadi kita patut disambut? Adakah nyawa kita sentiasa diancam oleh orang ramai pada sepanjang masa kerana kita menegakkan agama Islam? Setiap benda, mestilah kena rujuk dulu dari segi Islam. Letakkan Islam di tempat paling tinggi.Lazimnya, hari jadi diraikan dalam suasana yang riang gembira atau fun, iaitu lebih kepada hiburan.Lazimnya, apabila ulang tahun hari jadi setahun, sebatang lilin dicacakkan di atas kek. Apabila ulang tahun ke-40, 40 batang lilin dicacakkan. Apa yang kita lihat, seolah-olah suatu kejayaan apabila kita mencacakkan lilin. Lebih banyak lilin, kelihatan lebih berjaya.Sebenarnya ini ‘kejayaan’ yang tidak ada maknanya apa-apa kerana peningkatan umur bukanlah sesuatu yang sukar dicapai.Ketika menyambut hari jadi, apabila kita meletakkan harapan supaya orang yang menyambut hari jadi itu sihat, berjaya dan seumpamanya, kenapa tidak kita meletakkan harapan tersebut pada sepanjang masa?Apabila kita mendakwa kita juga mengharapkan orang yang menyambut hari jadi itu berjaya dan seumpamanya pada hari selain hari jadi, kenapa kita sambut hari jadi?.. dan hari jadi menjadi sesuatu yang tiada maknanya.Namun begitu, tidaklah sia-sia jika pada ulang tahun hari jadi tersebut kita meraikan dengan cara membuat kenduri kesyukuran sebagai tanda kita bersyukur (niatnya) kepada Allah SWT kerana masih lagi diberikan ruang untuk meneruskan kehidupan. Ataupun kita buat sujud syukur dan solat hjt mudah-mudahan Allah merahmati kita dengan memberikan umur kita yang panjang untuk menjadi orang yang soleh dan bertaqwa untuk kebahagian dunia sementara dan kebahagian akhirat yg kekal abadi.
* Atau mungkin jg hr jadi di sambut supaya menyedarkan kita bhw kita semakin tua dan tidak leka untuk beribadat dan beramal sebagai bekalan akhirat. di samping meninggalkan perkara maksiat dan sia-sia......... renungkanlah.
* InsyaAllah, tanggal 5 Jun 2009 bersamaan 11 Jamadil Akhir adalah ulangtahun hari lahirku. Jadi, "SELAMAT HARI LAHIR UNTUK DIRI SENDIRI"

(Adilah dan umminya semasa d oversea)