Monday, August 31, 2009

Erti Kemerdekaan Yang Sebenar


Kemerdekaan yang sebenar menurut islam terkandung di dalam kata-kata rub'i bin A'mir ketika bertemu panglima tentera rom yang bernama Rustum:
الله ابتعثنا، لنخرج من شاء، من عبادة العباد إلى عبادة الله, ومن جور الأديان إلى عدل الإسلام، ومن ضيق الدنيا إلى سعة الدنيا والآخرة
Maksudnya: Allah mengutuskan kami (orang-orang islam), untuk kami keluarkan (merdekakan) manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.
Rub'ie bin Amir menyimpulkan kefahaman islam yang diperolehinya daripada pentarbiyahan nabi SAW bahawa penjajahan bukan sahaja boleh berlaku melalui penguasaan bangsa asing terhadap sesuatu kaum, tetapi ia juga boleh berlaku melalui penguasaan bangsa sendiri. Jika kemerdekaan beerti kebebasan daripada penguasaan bangsa asing, kenapa rasulullah saw berjuang membebaskan diri dan manusia daripada kekuasaan musyrikin mekah yang sebangsa dan seketurunan dengan nabi?Ini bermakna: kemerdekaan yang sebenar ialah:

A - Memerdekakan manusia daripada perhambaan sesama manusia sama ada:
1. Bebas bersuara, pemilikan, bertindak, bermuamalah dan seumpamanya.
2. Kebebasan tadi mestilah dibatasi oleh hukum allah swt bagi memastikan tiada ruang untuk penjajahan melalui sistem dan undang-undang ciptaan manusia.

B - Memerdekakan manusia daripada ikatan agama yang direka oleh manusia samada:
1. Agama yang dicipta oleh manusia yang dijadikan sembahan, fahaman dan anutan.
2. Agama yang diturunkan oleh Allah tetapi ditafsirkan mengikut akal tanpa kaedah yang dibenarkan oleh Syariat.

C - Membebaskan manusia daripada dibelenggu oleh matlamat dunia yang sempit melalui:
1. Menyedarkan manusia bahawa dunia adalah sementara yang menjadi tempat persinggahan.
2. Menjadikan manusia bekerja di dunia untuk akhirat yang merupakan kehidupan yang sebenar.

Justeru itu: kemerdekaan yang sebenar ialah :
1. Membebaskan jasad dan material daripada penjajahan manusia.
2. Membebaskan akal fikiran serta mentaliti daripada dibelenggu oleh doktrin-doktrin yang bercanggah dengan islam.

Dipetik dari :http://zaharuddinmuhammad.blogspot.com/

Tuesday, August 25, 2009

TAHNIAH UST SALLEH MAN DAN PEJUANG ISLAM DI PERMATANG PASIR

(Ust Salleh berkopiah bersama calon umno bn yg kecundang)
Calon UMNO dari Barisan Nasional, Rohaizat Othman ditewaskan oleh calon PAS dari Pakatan Rakyat, ust Salleh Man (gambar) dengan majoriti 4,551 undi. Ust Salleh Man memperolehi 9,618 undi, sementara Rohaizat Othman mendapat 5,067 undi, selain undi rosak sebanyak 83 undi. Undi majoriti berkurang, selaras dengan penurunan peratusan pengundian kepada 73.1%, berbanding 82.57% pada tahun lalu. Tahniah ust dan semua pejuang yang bertugas bagi kemenangan ini. Apapun yang paling utamanya kita semua bersyukur dan berterima kasih kepada Allah SWT yg menganugerahkan kemenangan ini " Umno BN merencana dan Allah juga merencana, sesungguhnya Allah sebaik-sebaik Perencana". Semoga Ust menjadi YB yg amanah untuk agama, bangsa dan negara. TAKBIR!!!ALLAHUAKBAR
***Sayangnya aku tak dapat bersama-sama klimak PRK ini, almaklum ada kelas tambahan yg menjadi rutin cuti sekolah.

PROGRAM TADARRUS DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DENGAN TOK GURU MERIAH

(Gambar sekitar Majlis)
Dari Pasir Mas setelah melihat anak saudara baru (anak sulung moksu Wani yg baru dilahirkan) aku dan keluarga bergegas pulang untuk mengikuti pula majlis bersama Tok Guru yg dirancang awal di Masjid kampungku. Alhamdulillah harapan kesampaian. Majlis berjalan dengan jayanya dan semua hadirin berpuas hati. Biarpun banyak perkara dalam tazkirah yang disampaikan oleh Tok Guru, aku cuma nak sebutkan satu saja bagi dikongsi semua. Iaitu istilah "bulan puasa" yg selalu digunakan oleh orang ramai. Tok guru minta kita semua jangan guna lagi istilah tu sebaliknya membiasakan menyebut "bulan Ramadhan". Ini kerana sesetengah orang merasakan bila sebut bulan puasa segala tanggungjawab dah tertunai bila sahaja melaksanakan puasa sebab org akan fokus kepada ibadat puasa itu sahaja. Berlainan dengan bulan ramadhan yang mana bukan sahaja kita dituntut berpuasa malahan di dalamnya banyak lagi amalan lain yang perlu ditunaikan sama ada secara khusus atau umum. Itulah lebih kurangnya, semoga kita semua mandapat manfaatnya.
Tadinya, cadangan awal aku, nak ikuti maklumat terkini keputusan PRK Permatang Pasir tetapi terpaksa dikorbankan demi mendengar amanat dari ulama' yang disanjungi. Terima Kasih kepada AJK perlaksana yang bertungkus lumus manjayakan program. Semoga jasa bakti kalian mendapat imbuhan pahala dari Allah SWT. Untuk Akhirnya..Terima kasih banyak Tok Guru, TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR

Saturday, August 22, 2009

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى اله وصحبه ومن والاه فى مبدأ الأمر ومنتهاه وبعد
Ketahuilah wahai diri dan saudaraku , sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang agung disisi Allah S.W.T. dan RasulNYA. Bulan Ramadhan adalah penghulu sekalian bulan, bulan yang difardhukan kepada umat Islam berpuasa padanya. Firman Allah S.W.T., “Wahai orang-orang yang beriman telah difardhukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana difardhukan keatas umat sebelum kamu mudah-mudahan kamu bertakwa”. Sabda Rasulullah Sallallahhu A’laihi Wasallam, “ Ramadhan ke Ramadhan, Jumaat ke Jumaat dan solat ke solat, menghapuskan dosa antara kedua-duanya jika menjauhi dosa-dosa besar”.
Ketahuilah diri dan saudaraku , terdapat tiga golongan orang yang berpuasa iaitu :-
1. Golongan yang hanya menahan lapar dan dahaga tetapi melakukan maksiat mata,telinga dan mulut.
2. Golongan yang menahan lapar dan dahaga bahkan berpuasa menahan mata, telinga dan mulut daripada maksiat.
3. Golongan yang hatinya berpuasa daripada selain PenciptaNya.
Marilah kita sama menilik diri saudaraku, golongan manakah kita. Oleh itu, saya menasihati diri ini dan saudara agar gunakanlah Ramadhan pada tahun ini dengan sebaik-baiknya. Jauhilah daripada perkara-perkara yang mengurangkan pahala puasa saudara. Kalau kita dapat berjaga malam dengan aktiviti-aktiviti malam, kenapa kita tidak dapat berjaga malam untuk Allah. Tepuklah dada, tanyalah iman. Jika kita orang yang jarang ke masjid, jarang membaca al-Quran, atau jarang berzikir maka gunakanlah peluang Ramadhan ini. Jika kita perokok, manfaatkan Ramadhan ini sebagai titik mula untuk berhenti merokok. Mana tahu mungkin Ramadhan kali ini adalah Ramadhan terakhir kita. Ayuh kuatkan azam dan tekad, teruskan melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi.
Ya Allah, Tuhan yang menguasai diri kami. Kami bertaubat padaMu, kami kembali padaMu, ampunkanlah dosa-dosa dan keterlanjuran kami Ya Allah. Kurniakan kami taubat nasuha dan istiqamah dalam taubat kami Ya Allah. Bantulah kami agar dipermudahkan untuk melakukan ketaatan padaMu. Bantulah kami agar dapat meninggalkan maksiat Ya Allah. Tiadalah daya upaya kami melainkan mengharapkan hidayah, taufiq dan pertolonganMu Ya Allah.
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم والحمد لله رب العالمين

Friday, August 21, 2009


(Taklimat sblm berkayak)
BERKAYAK DI PROGRAM KAYAK MERDEKA 2009
Kelmarian aku bersama 9 orang guru SMKAL telah membawa hampir 30 pelajar untuk bersama-sama mendalami ilmu berkayak serta terus membuat praktikalnya. Tempatnya ialah dekat jambatan Pulau Melaka yang mana lebih kurang 250 meter jaraknya dengan rumah Tok Guru Nik Abd Aziz. Nyatanya program ini sungguh berkesan bukan sahaja sebagai aktiviti riadah kesihatan bahkan lebih dari itu dapat memupuk nilai kerjasama dan bertolak ansur.Terima kasih kepada En. Johary Idris ( Presiden Persatuan Kenu Kelantan ) yg lebih mesra dipanggil Cikgu Joe dan kruenya yg telah bertungkuslumus mengendalikan program yang bermanfaat ini.

Saturday, August 15, 2009

(suasana agak lengang di dewan besar semasa LDP berlangsung)
LDP SMKAL lengang
Hari ini SMKAL mengadakan sisa-sisa terakhir LDP untuk semua guru pada tahun ini. Aku yang sepatutnya mengadakan extra kelas untuk pelajar tingkatan 3K1 terpaksa membatalkannya bagi memenuhi tuntutan sebagai penjawat awam. Walaubagaimanapun sambutan untuk LDP pada kali ini agak tidak membanggakan. Beberapa kemungkinan menyebabkan hal ini berlaku, antaranya....
1) bimbang penularan wabak A(H1N1) sebab kelmarin semua pelajar yg terlibat dengan perkampungan ilmu tingkatan 5 terpaksa dibatalkan oelh kerana beberapa orang pelajar di suspect A(H1N1) setalah mengalami deman2.
2) mungkin guru yg tidak hadir mempunyai musyaqqah masing2

Friday, August 14, 2009

PERKEMBANGAN MADIHAH MEMBERANGSANGKAN

Sunday, August 09, 2009

Air Ikan Haruan boleh ancam nyawa - Harian Metro, 26 Mei 2009,
KUALA LUMPUR

Produk Air Ikan Haruan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang boleh mengancam nyawa pengguna akan terus dirampas tanpa banyak soal daripada peniaga ubat-ubatan tradisional sekiranya ia didapati masih dijual kepada orang ramai.
Produk Air Ikan Haruan yang tidak mempunyai sebarang khasiat selain boleh menyebabkan kerosakan pada sistem tubuh dianggap sebagai bahaya dan penjualannya jelas satu kesalahan di bawah peruntukan Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang boleh didenda tidak lebih RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.Produk Air Ikan Haruan buatan Malaysia itu menjadi isu di negara jiran Singapura kelmarin, selepas pihak berkuasa kesihatan Singapura memberi amaran rakyat republik itu supaya tidak mengambil ubat tradisional dengan label Air Ikan Haruan kerana ia mengandungi bahan perubatan berbahaya yang tidak diisytiharkan.
Dalam satu kenyataan, pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) Singapura mendakwa ujian makmal mengesan kimia dexamethasone, sejenis ubatan berbahaya dicampur dalam ubatan berkenaan.Jurucakap Bahagian Penguat Kuasa Farmasi KKM, berkata walaupun operasi demi operasi merampas produk Air Ikan Haruan itu dilakukan dari semasa ke semasa, bekalan produk berkenaan tidak pernah putus.Menurutnya, berdasarkan alamat tertera pada botol, air itu didakwa dihasilkan di sebuah kilang di Perak, namun siasatan mendapati ia alamat palsu.“Pihak penguat kuasa farmasi percaya, pengeluar produk itu sering berpindah-randah bagi mengelak kilang haramnya dikesan. Apa yang pasti produk Air Ikan Haruan tidak pernah didaftar dengan KKM dan memiliki nombor pendaftaran MAL dan label Hologram Meditag KKM.“Oleh itu, produk ini sepatutnya tidak boleh dipasarkan apatah lagi dieksport ke luar negara berikutan ia tidak mematuhi syarat ditetapkan KKM,” katanya.
Menurutnya, selain produk berkenaan, siasatan KKM sebelum ini mendapati kebanyakan jamu diseludup dari negara jiran turut mengandungi racun seperti kodein, steroid, sindenafil nitrat, plumbum, merkuri serta pelbagai kimia berbahaya.Antara jenama jamu pernah dirampas dan dikenal pasti adalah Pil Tupai Jantan, Jaya Asli Anrat, Flu Tulang dan Cicungya, Busterin, Super Tetra, Kapsul Super Tenaga, Jamu Pendang, Maajun Kuat, Maajun Putra Acheh Cap Keris, Jamu Monalisa, Ubat Kuat Madu Pasak Bumi, Pil Pria Perkasa dan Pil Asrirapat.
Menurutnya, walaupun ada yang percaya produk itu baik untuk memulihkan pendarahan dalaman atau menyembuhkan luka akibat pembedahan namun ia bukan dihasilkan dari ikan haruan sebaliknya campuran kimia yang tidak diketahui.“Oleh itu saya menasihati orang ramai berhati-hati dan tidak menggunakan produk ini. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung penjualan produk tidak berdaftar diminta menghubungi pejabat Bahagian Penguat Kuasa Farmasi KKM di talian 03-7968 2200,” katanya.sumber