Saturday, August 25, 2007

SERVIS FRONTIER DAN DAILY EXPRESS
Pagi tadi aku ke Inanam (Tan Chong Motor) Kota Kinabalu untuk servis frontier ku yang ke 20,000KM. Sampai di sana lebih kurang jam 10 pagi. Nampaknya ramai pelanggan pada hari ni. Terpaksalah aku menunggu lama sikit. Sebab kali ni servis bukan setakat tukar minyak hitam tapi servis brek sekali. Sambil-sambil menunggu ‘turn’, aku sempat menyelak helaian surat khabar Daily Express di atas meja ruang menunggu. Dari helaian ke helaian ternampaklah aku satu berita berkaitan daerah kediaman ku iaitu Kota Marudu. Cepat-cepat aku menelaahnya dengan tekun sekali. Yang menariknya berita ini adalah berkenaan ‘comlain’/aduan dari “Suara Pembayar Cukai” terhadap Majlis Daerah. Katanya Majlis Daerah hanya ‘galak’ dok tagih cukai saja…(lebih kurang maksudnya)…. tapi hal-hal kebajikan penduduk tak diendahkan.

Apa yang diadu adalah berkenaan lampu jalan ditaman-taman perumahan yang tidak diselenggara dengan baik, taman permainan yang merbahaya kepada kanak-kanak (pengguna)..yelah,apa taknya gelongsor dan alatan lain memang merbahaya sebab aku yang tengok sendiri…pecah dan berlubang-lubang di sini. Tak percaya?Datanglah tengok sendiri dan begitu juga kes tempat letak kereta yang disalahguna oleh peniaga sehingga nak ‘parking’ kenderaan pun susah. Kalau tengok jalan yang baru diturap dekat simpang tiga dewan terbakar juga tak sampai 3 bulan dah nampak kerosakan (berlubang) Yang aku hairan kenapa pihak majlis tak pantau masa kontraktor turap jalan yang menyebabkan ‘low’ mutunya.Atau adakah ini projek kilat. Capat siap dan cepat rosak. Ini pekan baaah..biarlah ada standard sikit. Satu lagi….ADUN merangkap Ahli Parlimen sini iaitu Dr Max tak perasan ke apa yang berlaku di kawasan takluknya. Tak kan lah kerana kesibukan kerja tak dapat nak jenguk sekejap untuk menegur pentadbiran daerah. MUSTAHIL!!!Aku sememangnya cukup setuju dengan aduan seumpama ini. Mungkin dapat menyedarkan pentadbiran Majlis Daerah Kota Marudu dan ADUNnya yang sengaja tak perasan tentang masalah ni. Terima kasih “Suara Pembayar Cukai”. Engkau mewakili rintihan hati kami semua"penduduk Kota Marudu"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home