Sunday, September 23, 2007

TERIMA KASIH JAKIM…….dari penduduk Kg Damai dan Bukit Lalang

15 Sept lepas JAKIM telah meluluskan peruntukan RM1400 untuk majlis berbuka puasa di dua surau di daerah Kota Marudu, iaitu Surau Kg Damai dan Surau Bukit Lalang(surau saudara baru). Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan. Aku pun tumpang sekaki lah. Wakil dari Kota Kinabalu iaitu Ckg Jamil Dayan, Ust Abdullah Din dan heronya, Dato Safari dan anaknya serta Ust Junaidi (fasih bahasa dusun) dan rakannya yang turut sama hadir telah memeriahkan lagi majlis. (untuk makluman….Ckg Jamil dan Ust Lah merupakan antara orang kuat dalam menjayakan majlis ni). Sebelum majlis berbuka, program menyampaikan sumbangan sempena ramadhan kepada beberapa keluarga telah diadakan. Kami berbuka puasa di Surau Kg Damai dan solat tarawikh di Surau Bukit Lalang. Nampaknya program ini berjaya dan mudah-mudahan akan diteruskan lagi untuk tahun-tahun yang akan datang. Penduduk di sini rata-ratanya sungguh gembira dan merakam ucapan terima kasih tak terhingga atas kerjasama dan keprihatinan dari pihak yang terlibat. >KDC45<


0 Comments:

Post a Comment

<< Home