Saturday, November 03, 2007

PENCEGAHAN DENGGI SECARA KOMPAUN TERPILIH BUKAN PENYELESAIAN MENYELURUH

Minggu lepas aku tidak terkecuali dari di kompaun kerana kesalahan membiak jentik-jentik denggi. Pegawai yang datang periksa tanpa belas kasihan terus mengkompaun tanpa diberi peluang "amaran pertama". Aku pun hairan sebab ini adalah baru kali pertama lawatan oleh pegawai itu dibuat. Apapun aku terus membuat rayuan mengurangkan kadar kompaun dari RM100 kepada RM50 dengan dengan sepucuk surat. Antara isinya :

Zakaria Md Ali Hanafiah
No 45 Taman KDC Fasa 2,
89108 Kota Marudu,
Sabah.

____________________________________________________________________

Pegawai Kesihatan
Pejabat Kesihatan Kota Marudu,
Jalan Lotong,
89108 Kota Marudu Sabah 29 OKTOBER 2007

Tuan,

MEMOHON PENGURANGAN KADAR KOMPAUN (AC No: 40836)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Borang A yang bernombor (AC No: 40836) bertarikh 24 Oktober 2007 telah menyatakan kesalahan saya membiak jentik-jentik aedes dengan dikompaun sebanya RM 100.

3. Jesteru itu saya memohon pengurangan kadar kompaun tersebut seminimun mungkin berdasarkan alasan-alasan yang berikut :
a) Suatu yang jarang diduga bila pasu bunga yang telah ditelingkup
(untuk mengelakkan takungan air dari membiakkan jentik-jentik)
telah membiak jentik-jentik aedes.(rujuk gambar yg dilampir).
Berdasarkan gambar, jelas menandakan ada usaha saya
mengelakkan pembiakan nyamuk aedes.
b) Kami juga baru pulang dari bercuti Hari Raya (lebih kurang 2 minggu) di semenanjung dan secara tidak sedar dengan jangka waktu yang singkat bingkai pasu bunga di takungi air dan membiakkan jentik-jentik.

4. Saya juga mengharapkan pihak kesihatan megambil tindakan kompaun secara adil dan saksama kepada semua pemilik kediaman contohnya di taman-taman kerana saya dimaklumkan pemeriksaan menyeluruh tidak akan dilakukan kepada rumah yang tidak berpenghuni, tidak ada pemilik atau penyewa rumah yang sah (hanya ada orang gaji sahaja), tidak diizinkan masuk(kerana tiada suami) dan tidak ada penghuni kerana keluar bekerja, biarpun tidak mustahil / mungkin mereka ini antara pembiak jentik-jentik aedes.

5. Saya cadangkan agar diwujudkan bahan bukti secara bergambar atau video dan hantar juga pegawai kesihatan wanita bagi menyenangkan proses penguatkuasaan secara telus, adil dan menyeluruh.

6. Diharap permohonan dan cadangan saya ini dipertimbangkan dan jasa baik pihak tuan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Begitulah....ceritanya. Jadi kepada kawan-kawan, berhati-hati, sentiasa dan selalulah berwaspada supaya anda semua tidak dikompaun dan tidak di cap sebagai pembiak jentik2 denggi.

>KDC50<

5 Comments:

At 1:03 PM, Blogger Unit Inspektorat & Perundangan Negeri Johor said...

hmmm...mungkin ini dinamakan peringatan pertama. Takpelah, RM50 kalau dibandingkan dengan nyawa keluarga saudara tidak ternilai harganya.Moga-moga ia menjadi peringatan kepda saudara dan semua masyarakat

At 7:19 PM, Blogger Unknown said...

saya kena hari ni..memang tak perasan pun ada jentik2..sebab balik kerja dah pkul 7 malam..hari ni pegawai datang..nampak ada jentik2 dlm pasu..terus kompaun rm500..

At 7:10 PM, Blogger Unknown said...

Assalamualaikum . Saya baru sebentar tadi menerima kompoun denda sebanyak RM500 , kerana memiliki atau membiarkan jentik2 membiak , ketika pegawai kesihatan datang di kediaman mak saudara saya padahal itu bukan kediaman saya , pada 17/04/2017 saya memberitahu pegawai itu ini bukan kediaman saya , saya hanya datang melawat ketika itu tiada sapa pun di rumah yg di denda tersebut . Tetapi pegawai itu tetap mahu mengambil nama dan no kad pengenalan saya . Saya hanya memberi buktiran tersebut , katanya jangan risau kami hanya sah kan ambil sampel sahaja , tapi hari ini saya mendapat surat kompaun denda sebanyak 500 tapi nama tertera nama saya tetapi segala buktiran alamat tidak sama seperti didalam ic saya , dan perlukah saya membayar sedangkan premis yang tertera itu bukan milik saya , bukan kediaman saya , nama saya no ic saya tapi alamat tidak sama seperti didalam ic saya , adakah kakitangan pejabat kesihatan tidak mempunyai akedemik sehingga mengeluarkan saman membuta tuli .., adakah kakitangan pejabat kesihatan yg bertugas hari itu tidak tahu tentang prosedur untuk mengeluarkan denda di kediaman beralamat bukan milik saya tetapi menipu seperti memaksa saya mengesahkan sampel itu di ambil . Padahal berkali saya cakap dia tidak mengendahkan . Dan berkata jangan risau sampel ini hanya untuk kajian tiada sebarang denda . Hari ini surat saman di keluarkan atas nama saya dan bukan kediaman milik saya .. tolong terangkan sebelum saya membawa tindakkan ini dipihak atasan .

At 7:18 PM, Blogger Unknown said...

At 1:47 PM, Blogger Unknown said...

Blh tanya sikit..itu pegawai kesihatan tulis alamat pejabat kesihatan??surut ini nak kita type atau blh ambil kat situ?? Surut ini sudah tulis nak chop pegawai tak??

Post a Comment

<< Home