Thursday, December 20, 2007

BERSEDIA BERKORBAN UNTUK PR KE-12
Hari ini di Malaysia kita merayakan Hari Raya Haji atau Eidul Adha yang juga dikenali sebagai Hari Raya Korban. Perayaan ini mengambil sempena peristiwa korban yang berlaku di zaman Nabi Ibrahim a.s. Betapa Allah swt telah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk mengorbankan anak kesayangannya Nabi Ismail a.s. Lantaran taat dan patuh kepada perintah Allah, walaupun ianya terlalu berat dan diluar kemampuan manusia biasa namun kerana ketaqwaannya Nabi Ibrahim dengan kerelaan anaknya Nabi Ismail a.s, masing-masing bersedia melaksanakan perintah Allah yang sangat berat itu.Lalu sebagaimana kita tahu Allah berfirman (surah al Safaat: 103-109):Tatkala kedua-duanya tunduk menurut perintah Allah dan digulingkan anaknya ke tanah hendak disembelihnya, lalu kami berseru, hai Ibrahim, sesungguhnya engkau turuti mimpi itu. Begitulah kami membalas orang yang baik, Sesungguhnya ini ujian yang nyata daripada Allah. Kami tebus anaknya itu dengan seekor kibas yang gemuk dan kami tinggalkan nama yang baiknya sampai kepada orang kemudian. Selamat sejahteralah Ibrahim. Semoga sambil kita merayakan Hari Raya ini kita mengambil kira dan menghayati falsafah dan hikmah yang besar dan bermakna disebaliknya.
Di Malaysia, kita juga sebenarnya berhadapan dengan situasi dimana kita juga perlu berkorban demi menyelematkan ummah dan negara. Pengorbanan yang dituntut dari kita adalah untuk membawa perubahan, kita suarakan hasrat hati tanpa takut atau gentar. Kita korbankan segala kepentingan diri demi kemaslahatan ummah. Apabila nanti kita diberi amanah untuk menentukan haluan, corak dan masadepan negara, maka pikullah amanah itu dengan baik dan bersedialah berkorban demi keadilan untuk semua.Jangan lagi terpedaya dengan hasutan dan sogokkan wang ringgit yang sebenarnya rasuah dan mungkar sebagaimana Nabi Ibrahim tidak terpedaya dengan hasutan iblis ditengah jalan, lalu melontarkannya dengan batu. Maka lontarkanlah juga iblis-iblis kecil yang cuba menghalang kita dari membawa kebenaran di negara kita yang tercinta ini. (Edit Roslan SMS)>KDC45<
"SALAM AIDILADHA, MAAF ZAHIR BATIN"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home