Friday, December 21, 2007


DARAH SUCI MENGALIR DI BUKIT LALANG
Hari ini, hari kedua raya Aidiladha. Seperti yang dirancang 2 ekor lembu telah selamat diqurbankan pagi tadi sebagai tanda ketaatan kepada perintah Allah di Kg Bukit Lalang, Kota Marudu. Satu ekor pengerusi surau yang sembelih dan satu ekor lagi aku. Darah suci yang mengalir pagi ini menghangatkan suasana keIslaman di kawasan saudara baru yang amat membutuhkan sokongan dan tunjuk ajar untuk lebih mematapkan keimanan kepada Allah SWT. Petang pula seekor lagi dikorbankan di Kg Mosolog menjadikan 3 ekor lembu keseluruhannya diurus aturkan oleh sahabat-sahabat dan aku untuk raya kali ini. Berbanding tahun lepas yang jumlahnya 5 ekor. Nampaknya tahun ni telah sedikit menurun. Walau apapun insyaAllah mudah-mudahan niat, maksud dan hajat rakan-rakan peserta korban diterima sebagai amalan yang ikhlas di sisi Allah SWT. Strategi qurban ke kampung-kampung ini nampaknya dapat memberi sedikit jaminan daging korban sampai kepada penerima yang sepatutnya. Kalaulah ianya dibuat di pekan sudah tentu penduduk kampung nak datang dan mendapatkan daging korban agak terbatas. Dengan strategi ini nampaknya ia boleh terus-menerus dibuat agar mereka yang dikampung-kampung, apatah lagi di pedalaman ini tidak dipinggirkan. Daging qurban tadi juga diagihkan ke Kg Muhibbah dan juga Kg Pengkalan Marudu Laut.
Suasana masa penyembelihan, melapah dan memotong daging melihatkan bahawa masih wujud kerjasama dan perpaduan dalam masyarakat Islam. Apa taknya, 2 ekor lembu sekejap aje dikerjakan. Pagi ini juga kami telah mengagihkan sumbangan berupa kewangan buat pelajar yang akan memasuki persekolahan pada tahun depan. Inilah Indah dan cantiknya Islam. Yang kaya berada bantu yang miskin dan yang senang bantu yang susah. Inilah ajaran Allah yang tidak ada tandingan. Buat kawan-kawan yang banyak membantu menjayakan program ini sama ada dari K.Kinabalu (Ust Abdullah dan rakan setugas) dan dari K.Marudu (Ust Jamrus dan penduduk kampung Bukit Lalang serta Ust Hamdi dan Ust Lah Yaman) terima kasih banyak2 diucapkan. Tanpa bantuan dan sokongan kalian sudah tentu program ini susah nak dilaksanakan apatalah lagi dalam keadaaan cuaca yang tak menentu dan kekangan kakitangan yang berkurangan. SYABAS!!!ATAS KERJASAMA ANDA. Takbir!!!ALLAHUAKBAR.
(Gambar: Ust Abd Kahar menyampaikan daging qurban dan sumbangan)
>KDC45<

0 Comments:

Post a Comment

<< Home