Saturday, December 29, 2007

HAJAT TERLAKSANA
Setelah lama bertangguh, baru sekejap tadi program agihan bantuan kepada penduduk susah dapat dilaksanakan bertempat di Kampung Tandek, Kota Marudu. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan Ustz Kahar pun dapat hadir sama. Kesian jugak, sebab semenjak dua menjak ini Ustz Kahar terlalu sibuk jadi oleh sebab yang demikian majlis ini tergendala sedikit. Oang kampung mengucapkan berbanyak terima kasih dan bagi pihak aku dan rakan-rakan program tadi amat bererti kalau kiranya ia dapat di adakan lagi. Harapan aku agar mana-mana kawan-kawan yang banyak duit lebih, atau nak keluarkan zakat harta bolehlah berbuat program agihan bantuan seperti ini. Kita akan nampak nanti bagaimana air muka masyakarat susah bila menerima bantuan dari saudara seIslamnya. Dan kita juga pasti ke mana wang zakat/sedekah kita diagihkan dan kalau nak lebih syok lagi kawan-kawan boleh turun sendiri untuk membahaginya. Biarpun brg yang dibahagi tidak semewah manapun seperti (beras, minyak masak, gandum, gula dan susu seperti yang dilakukan pada kali ini) namum ia amat bermakna bagi penduduk yang susah ini apatah lagi sekarang musim hujan/tengkujuh ni. Terfikir aku, kalaulah semua orang kaya sama ada penduduk tempatan atau orang semenanjung ke boleh buat aktiviti seumpama ini alangkah elok dan bagusnya. Ini tidak, sesetengah yang kaya itu hanya kaya untuk sendiri-sendiri je. Bagi sesetengah pemimpin politik yang ada hari ini pulak time pilihanraya baru datang buat program yg bermatlamat untuk tagih undi. Ini yang menghalang proses 'bantu-bantu' yang 'sebenar', yang dianjurkan oleh Allah SWT. Harap-harap akan datang ramai lagi masyarakat Islam akan faham tentang konsep tolong menolong dan bantu membantu ini. Aku sendiri insyaAllah kalau rakan-rakan/sahabat-sahabat yang perlu pertolongan untuk mengagih zakat, sedekah dan sebagainya, boleh aku bantu aturkan. Kepada Ust Abdullah, Ckg Jamil dan kawan-kawan dari KK yang banyak membantu terutama mendapatkan sumber kewangan, terima kasih banyak-banyak diucapkan. Semoga kerja bakti kepada agama ini akan mendapat ganjaran setimpal dari Allah SWT.

(Gambar: Ustz Abd Kahar telah menyampaikan sumbangan kepada penduduk susah)
>KDC45<

0 Comments:

Post a Comment

<< Home