Friday, December 28, 2007

TAHNIAH BUAT MANIEZAN MANSOR
Muar-Sejarah baru muncul dalam keluarga “Medical Assistant” En Mansor Md Ali Hanafiah apabila anak lelaki sulungnya Maniezan Mansor telah memperolehi 8A penuh untuk semua mata pelajaran dalam peperiksaan PMR 2007. TAHNIAH!!!atas kejayaan yang cemerlang itu. Kalau nak tahu itulah anak saudara aku. Berkat kesabaran serta ketekunan Maniezan @ ‘Ije” dalam pelajaran serta sokongan dan bantuan kedua ibubapa, guru dan rakan taulannya telah membuahkan hasil, yang diharap akan menjadi ikutan oleh adik-beradiknya Nurul Fazlina dan Faieka. Begitu juga ia dapat memberi perangsang kepada ahli keluarga serta waris warah dan tak lupa adik bongsu aku ‘Ayeh”yang tahun hadapan akan menghadapi PMR. Mengikut maklumat tidak rasmi, Ayeh target 5A je untuk PMR tahun depan. Kenapa? Aku pun tak pasti. Kecemerlangan yang dicipta oleh Ije telah membuatkan aku bangga dan bersyukur kehadrat Allah SWT atas nikmat umur kurniaanNya kerana jika mengenangkan peristiwa yang berlaku keatas keluarga abg sulungku sebelum ini amat mendebarkan sekali. Satu kemalangan telah menimpa mereka, ketika mereka satu keluarga pulang untuk melawat bapaku yang sedang sakit di Kelantan. Kereta yang mereka naiki telah terbabas dan jatuh ke dalam sebuah sungai di Terengganu. Mujurlah mereka semua selamat. Kalau tidak mungkin kecemerlangan Ije tidak menjadi kenyataan pada hari ini. Inilah kurniaan kasih sayang Allah. Semoga aku, dan ahli keluarga dan saudara maraku menghargai serta terus menerus menyukuri nikmat kerniaan Allah dengan melaksanakan ketaatan dan kepatuhan kepada segala perintahNya. Mudah-mudahan Allah akan mencampakkan keberkatan, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan kepada kita semua.
>KDC45<

0 Comments:

Post a Comment

<< Home