Saturday, February 16, 2008

BANJIR TELAH MELANDA KOTA MARUDU
(Gambar Ehsan : Zamri Sari)










Hari ini banjir telah melanda Daerah Kota Marudu menyebabkan keresahan penduduk di sini termasuk aku dan keluarga yang tinggal menyewa di Taman TNG3. Pagi tadi air naik sampai nak mencecah lantai rumah, banyak kenderaan jiran2 telah dialihkan. Di pekan Goshen pun air naik sampai melimpah masuk dalam kedai2. Sehingga lewat petang tadi alhamdulillah air sudahpun surut namun hujan masih tidak berhenti (setakat berita ini di tulis). Nampak gayanya mungkin air akan naik lagi. Sepanjang aku menetap di Kota Marudu ni inilah banjir yang paling teruk berlaku sehinggakan pergerakan orang ramai lumpuh kerana banyak jalan2 utama di tenggelami air. Taman KDC pun tak ketinggalan termasuklah stesyen minyak berdekatan. Begitu juga taman TNG2 khabarnya juga dinaiki air. Petang tadi kami sekeluarga sempat meninjau-ninjau keadaan sekitar dan di dapati banyak tempat dah beransur pulih cuma beberapa tempat di Pekan Lama masih lagi ditenggelami air. Khabarnya di Kg Marudu Laut ramai yg terpaksa pindah ke tempat pemindahan iaitu di SK Ranau. Kesihan kepada mereka yang terlibat, apatah lg yang ada anak-anak kecil. Mudah-mudahan bantuan segera sampai kepada mereka ni. Harap YB jangan duduk dalam selimut je, turunlah bersama masyarakat yang ditimpa musibah ni. Bantulah mereka. Kan nak PRaya dah ni. Masa nilah rakyat nak menilai keperihatinan pemimpin. Kepada badan-badan yg bertanggungjawab pula bertindaklah dengan bijaksana. Pastikan masyarakat kita terbela.
>D69TNG3<

0 Comments:

Post a Comment

<< Home