Friday, February 08, 2008


MASJID AT-TAQWA KOTA MARUDU MENJADI TEMPAT EDARAN VCD MENFITNAH PEMBANGKANG
Hari ini selepas solat Jumaat tadi aku di datangi Hasan, Tok Siak masjid dan dia telah memberikan aku 2 keping VCD percuma tentang IFC-anti Islam. Katanya ada orang yang minta tolongnya mengagihkan. Mulanya aku ambil saja tanpa ada keraguan. Sepanjang pulang kerumah menaiki kapcai EX5, baru aku terlintas. "VCD percuma" tadi yang tak silap aku hampir 50 keping atau lebih dari mana datangnya. Susah nak dapatkan sesuatu yg percuma sekarang ni dan siapa pula yg menjadi tuan punya vcd tu. Balik rumah terus aku pasang kat player, rupa2nya vcd percuma itu adalah dakyah fitnah parti pemerintah sekarang "BN" memburukkan Anwar Ibrahim, Tok Guru Hj Hadi, KEADILAN, PAS dan lain-lain pemimpin pembangkang yang dikaitkan dengan IFC. Terus aku menelefon kawan-kawan termasuk me SMS kpd ustaz Kahar untuk menghubungi siak berkenaan dan memastikan vcd itu tak diedarkan lagi kerana ia adalah fitnah besar yang boleh merosakkan pemikiran masyarakat Kota Marudu kepada membenci pembangkang yang sebenarnya betul2 berjuang menegakkan keadilan. Inilah bahana BN yang menjadikan masjid utk menyebar fitnah dan menggunakan masjid utk tujuan politik murahan. Nanti aku akan berusaha untuk mencari tuan punya yang bertanggungjawab menyediakan vcd itu.......tunggulah nanti. Mudah-mudahan ada jawapannya. Sama ada mereka itu SB, atau pemimpin UMNO atau pemimpin PBS...yang pasti mereka jelas sebagai kuda tunggangan kerajaan. Dan perbuatan mereka menyebar fitnah dan propaganda ini adalah perbuatan dosa yang dimurkai Rasulullah dan Allah SWT.
>TNG3<

0 Comments:

Post a Comment

<< Home