Sunday, February 10, 2008

PANGGILAN UKHWAH JAM 09.20MLM
Alhamdulillah, sekejap tadi aku menerima panggilan ukhwah dari kaum kerabat jemaah kampus dulu, "kak Shimah" isteri abg Sob. Sapaan awal melihatkan suara kegembiraan dan ini membuatkan semangat utk pindah kesemenanjung kembali menghantui kotak fikiranku. Mereka sekeluarga dah berapa tahun pindah ke Raub Pahang, cuma aku yang masih berada di Kota Marudu lg. Harapnya tahun ni dapat pindahlah. Kalau tak dapat pindah ke Pahang.....ke Kelantan pun ok lah. Apa yang kami bualkan td tentang tanah lot di Pasir Putih yang masih dalam tagihan utk menjadikannya sebagai hak milik. Aku yg dah berapa tahun lunaskan bayaran tanah lot tu pun sampai skrng belum mendapat keputusan hitam putih. Yang mana sahabat2 tak jelas lg tu tentu lama lagilah kot nak selesai. Hrp2 semua dapat jelaskan awal. Sbb dari maklumat yang diberikan oleh "Manager" kalau ada 4 org yg dapat lunas awal sudah boleh pecah lot tanah tu. Aku bimbang ini boleh merencatkan maksud asl projek perkampungan Islam. Mudah-mudahan sahabat lain tak tangguh bayaran. Biarpun sebelum ni ada juga cerita untuk memberikan saguhati kepada yg dah jelas bayar (sbg motivasi) kerana hasil yg diperolehi dari torehan getah namun ia juga tak menjadi kenyataan. Aku ok je, sbb ini mungkin masalah teknikal yang belum dpt dibereskan lg. Ye lah, bila tanah tu dah jd harta "faraid" agak susah sikit pengurusannya,...bersabarlah. Tp kalau betullah ada hasil dari tanah tu harap2 dapatlah dibank in kan . Taklah kempunan nanti. Mudah-mudahan perkara ini dapat di settlekan dengan segera. TQ Manager.
>TNG3 D69<

0 Comments:

Post a Comment

<< Home