Saturday, February 02, 2008

SB KOTA MARUDU DAH MULAKAN GENDANG PR
Minggu sudah Ust Khairul ada mesej aku tentang seorang sb telah meminta buku rujukannya setelah selesai menyampaikan kuliah di Masjid At-Taqwa. Kata sb terbabit bossnya yang mahu. Bagi aku kes sb mendapatkan buku kuliah hadith akhir zaman yang antara salah satu isinya berkenaan "harta kekayaan negara berlegar di kalangan pemimpim" memberi isyarat bahawa tugasnya sebagai kuli kerajaan @ bahasa kebanyakan blogger "kuda tunggangan kerajaan" sempena PR yang bakal menjelang telah bermula. Inilah perang psikologi untuk menakutkan para ustaz kita dari menyampaikan benda2 yang haq. Dia orang lebih suka kalau khutbah-khutbah atau kuliah-kuliah ni berisikan mengampu kerajaan dan kalau boleh jangan disentuh soal-soal penyelewengan kepimpinan negara. Inilah satu kesilapan besar fahaman yang menular dalam masyarakat. Ada sesetengahnya lebih takut kepada pemimpin dari takutkan Allah. Kalau di arah itu ini oleh pemimpin....segera je ikut atau buat. Tapi .....kalau arahan Allah banyak yang dilanggarnya. Contohnya, ada yang sanggup sambut pemimpin untuk satu-satu majlis sehingga mengabaikan solat. dan ada yang mengampu2 pemimpin biarpun sudah tahu pemimpin itu tak betul. Sabarlah ust Khairul.....inilah ujian dalam perjuangan.
Teruskan usaha dakwah, semoga kita senantiasa dirahmati Allah.
>D69,TNG3<

0 Comments:

Post a Comment

<< Home