Monday, March 31, 2008

ISU FITNA......DI MANA KHAIRI???
Setakat berita ini ditulis aku tak nampak (kalau terlepas pandang tak tahulah) lagi kelibat khairi menantu pak lah merangkap naib ketua pemuda UMNO mendepani protes dalam isu menghina Islam oleh filem belanda 'fitna'. Kalau dulu, sahabat2 mungkin ingat bagaimana khairi menjadi jaguh "beruk2 jalanan"(istilah yg digunakan khairi melebel peserta demonstrasi jalanan) untuk membantah kehadiran Condoleezza Rice yg kononnya pemuda UMNO menyuarakan tentangan rakyat negara ini terhadap sikap Amerika Syarikat yang disifatkan mengamalkan dasar 'double standard' dalam menangani kekejaman Israel di Palestin dan Lubnan.
Kali ini nampaknya beliau (khairi) diam membisu dan mungkin juga beliau tidak mahu lagi membebankan bapa mertuanya yg sekarang masih sasau dengan tsunami Praya lepas dan menghadapi pula krisis dalaman parti. Atau mungkin juga khairi menjadi hipokrit.Baguslah khairi fikirkan jalan terbaik untuk pulihkan keyakinan rakyat kpd BN yg selama ini pun org menganggap kamu menjadi liabiliti kepada kemerosotan undi BN. Muhasabahlah!!!
***
Opps lupa...kalau ada kenyataan terbuka khairi yg sahabat2 dengar dan lihat ttg isu ini harap dpt maklum.bimbang tulisan ini tersasar. Maklmlah skrg ni duk sibuk urus keluarga"jadi suri rumah".
>D69 TNG3<

0 Comments:

Post a Comment

<< Home