Monday, March 31, 2008

MENANTI SUMBANGAN MAXIMUS ONGKILI
Kota Marudu adalah antara daerah yg berada di Sabah dan dipimpin oleh Maximus Ongkili yang berjaya mempertahankan kerusi parlimen pada pilihanraya ke-12 yg lepas. Biarpun khabarnya kemenangan yg diperolehinya dipertikaikan oleh sebilangan penduduk tempatan dan petugas pilihanraya namun dia tetap gah dengan pencapaiannya yg menggunakan pelbagai strategi kotor untuk menang. Aku diberitakan oleh kawan-kawan pelbagai taktik kotor yg digunakan oleh BN pd Praya yg lps termasuklah mengugut penduduk, bagi duit dan mcm-mcm yg menyimpang dari demokrasi tulen Malaysia. Termasuklah di saat akhir proses membilang undi juga dikhabarkan ada muslihat. Tak apalah kalau dia nak tipu, Allah Maha tahu dan pastinya mereka yg membuat kerja menipu ini pasti akan terima balasan. Apa yg berlaku hari ini, iaitu pergolakan dlm BN selepas tsunami Praya jelas menunjukkan pengkhianatan mereka sudah mendapat balasan dan mudah-mudahan mereke sedar dengan kesalahan dan kezaliman yg dilakukan oleh mereka kepada rakyat selama ini.
Kita tinggalkan dulu cerita penyelewengan itu dan beralih kepada apakah manfaat yg bakal diterima oleh penduduk Kota Marudu dengan kemenangan Maximus ini. Aku sebagai rakyat yg menumpang sementara di sini mengharapkan adalah sesuatu perubahan yang boleh dilakukan oleh beliau utk kebajikan penduduk. Jangan pula org-orang kampung diperdayakan lagi untuk merampas tanah mereka secara zalim dengan bayaran yg tidak setimpal. Ye lah, seperti kes-kes yg dicakap-cakap sebelum ini.
Sesuai dengan jawatan yg dipegang sekarang ni menteri penuh di KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI apalah kiranya cadangan pertama aku, kalau beliau dapat menyediakan perkhidmatan internet percuma untuk penduduk(ini juga cabang-cabang teknologi). Biar penduduk dpt akses maklumat terkini. Barulah tak boleh lg ditipu oleh berita-berita mengarut RTM dan TV3. Kalau tanya penduduk ttg cadangan aku ini tentu mereka semua bersetuju. Macam mana ngak????
>D69 TNG3<

0 Comments:

Post a Comment

<< Home