Tuesday, April 01, 2008

"Nak Gerah" Frontier Rembat Kancil


Petang tadi aku dan anak sulung ku Aan bertolak ke Kota kinabalu untuk ke Sabah Medical Centere (SMC) bagi mendapatkan ubat mata ku. Namun nasib tak berapa baik, tiba sahaja menurun bukit Kelawat Kota Belud sekitar jam 2.30 ptg, sebuah kancil memotong dan terus terbabas dan berpusing disamping melanggar penghadang jalan. Apa lagi, aku yang berada dibelakang brake mengejut namun kerana jalan licin akibat hujan lebat menyebabkan terlanggar juga kancil td yang melintangi jalan. Alhamdulillah kami tak cedera apa-apa dan pemandu kancil td pun ok juga. Nampaknya tuan kancil pun akun dengan kejadian td dan dia berhati mulia memohon maaf. Dia juga minta agar segala kerosakan td di claim melalui insurans keretanya. Kalau di hitung banyak juga kos kerosakan. Kalau seribu mcm tak cukup. Apapun syukur kehadrat Allah kerana kami selamat. Kerosakan kereta lain cerita. Betul kan????
>D69 TNG3<

0 Comments:

Post a Comment

<< Home