Saturday, May 10, 2008

ARC ZON BORNEO Caw Kota Marudu Sertai Kejohanan Sepak Takraw Anjuran Pemuda UMNO P168 Kota Marudu
Pada 3 Mei lepas ARC caw Kota Marudu telah menghantar 2 pasukan bertarung di Kejohanan Sepak Takraw Anjuran Pemuda Umno P168 Kota Marudu. Biarpun tidak menjadi johan pertandingan namun sekurang-kurangnya dapat memberi saingan sengit kepada pihak lawan yang bermain dalam pertandingan kalah mati. Sebanyak 21 pasukan yang bertanding ARC berjaya ke suku akhir dan ini adalah kejayaan yang membanggakan lebih-lebih lagi berdepan dengan pemain-pemain terkemuka daerah. Matlamat utama penyertaan tidak lain hanyalah untuk merapatkan ukhwah serta memberi gambaran bahawa ARC telah wujud dan aktif di Zon Borneo dan bersedia memberi khidmat bila diperlukan terutama dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan. Semangat bersukan dan bersosial dengan masyarakat setempat secara sihat telah menangkis andaian dan tanggapan salah masyarakat terhadap ARC sebelum ini yg dikatakan asing serta tidak bercampur/bermasyarakat. Aku yg dilantik sebagai pengurus pasukan, InsyaAllah akan terus mencari peluang untuk menyertai lagi kejohanan pada masa akan datang bukan sahaja dalam acara takraw ini bahkan acara-acara lain lagi. Semoga sokongan dari sahabat-sahabat berterusan untuk menjayakan misi ini.



(Antara Pemain yg mewakili ARC)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home