Friday, May 30, 2008


SEMINAR PERUBATAN ISLAM MENDAPAT SAMBUTAN
Kota Marudu – Pada 28hb Mei 2008, AJK Badan Masjid at-Taqwa telah berjaya menganjurkan Seminar Perubatan Islam Siri 1. Seminar ini yang diisi dengan pembentangan 2 kertas kerja dan praktikal teknik perubatan Islam oleh Ust Md Trimizi Zainal Al-Hafiz mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ramai peserta di sekitar daerah ini.Pengerusi Penganjur, En Japar Sidek Aliudin berkata, sambutan yang menggalakkan ini jelas menunjukkan masyarakat peka tentang kepentingan perubatan Islam ini dalam usaha dan ikhtiar menyembuhkan penyakit dengan menggunakan ayat suci Al-Quran.Bagi Pengerusi Jawatankuasa Perlaksana, En Jafri Musa pula berkata, beliau komited InsyaAllah, untuk merancang program yang sama bagi siri ke 2 yang dijangka pada 15 Jun 2008 nanti (tertakluk kepada perubahan). Program yang bermula jam 8.30 pagi dan berakhir sekitar jam 5.30 ptg itu sungguh bermakna apatah lagi proses praktikal yang melibatkan ramai peserta dan pesakit yang diubat. Sehinggakan proses berubat terpaksa disambung pada sebelah malamnya pula. Menurut seorang peserta, En Satree Hj. Abd Karim berkata beliau berharap program seumpama ini patut diadakan lagi dengan harapan agar hebahan awal dan menyeluruh dibuat kerana masih ramai yang merungut tidak dapat mengikuti program ini kerana tidak mendapat maklumat.

(Gambar sekitar seminar)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home