Saturday, May 24, 2008

Ust W.M Nasir Berpindah ke KK
Kota Marudu akan kehilangan seorang lagi insan penting yang telah banyak berjasa. Bukan sahaja kepada pelajar SMK Kota Marudu bahkan kepada masyarakat setempat terutama dalam melaksanakan misi dakwah di sini. Beliau juga antara yang aktif menghidupkan sukan badminton untuk kelab Aljazeerah disamping ahli aktif Kumpulan Nadal Fata (kumpulan marhaban).Ust Nasir akan berpindah tempat kerja ke Kota Kinabalu setelah permohonan pindahnya telah diluluskan oleh SPIM. Beliau juga khabarkanya akan berkahwin dalam tempoh terdekat ini dengan calon pilihannya yang sedang menuntut di UMS. Mudah-mudahan proses rancangan perkahwinannya berjalan lancar. Semoga pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit yang dicurahkan sepanjang berkhidmat di Kota Marudu mendapat ganjaran setimpal dari Allah SWT. TAHNIAH!!!
(Gambar: Majlis perpisahan)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home