Friday, May 09, 2008


UYE dan UMS di Kota Marudu
Pada 29hb April lepas Ustz Yusof dan rombongan (Ust Mohd Syukri dan Hj Yusof) telah berkunjung ke Kota Marudu dalam rangka lawatan tahunan ke Sabah. Kesempatan ini PAS kawasan telah membuat pertemuan tertutup di samping pembentangan kertas kerja dan perbincangan semasa dgn sahabat2 di sini. Banyak manafaat yang diperolehi dari perjumpaan tersebut. Sebelum itu pelbagai aktiviti telah di atur termasuklah program motivasi pelajar dan kuliah maghrib. Alhamdulillah nampaknya program yg diatur berjalan lancar cuma aku sedikit terkilan kerana tidak dapat menunaikan hasrat UMS untuk makan daging payau serta memperolehi tanduknya. Maklumlah oleh kerana keadaan yang last minit. Tp insyaAllah kalau diberitahu awal mungkin dapat disediakan. Kalau UMS berkunjung lg ke Sbh bg tahu awal2 mudah2an hajatnya dapat dipenuhi.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home