Sunday, June 29, 2008

“MERBAHAYA”!!!Jambatan Ke SK Tandek dimana kesudahannya.
Projek menggantikan jambatan lama di kawasan pedalaman Sabah , di daerah Kota Marudu di sini menjadi tandatanya dan menimbulkan keresahan penduduk bilamana ianya tak berkesudahan apalagi keadaan sekarang ini boleh mengancam nyawa masyarakat. Projek yang telah hampir 70 peratus siap ni telah agak lama terbengkalai dan yang menghairankan ianya tidak diselia dan dipantau dari semasa ke semasa tetang ciri-ciri keselamatan kepada orang awam. Kontraktor yang bertanggungjawab membina jambatan ini sebagaimana yang tertera dipapan projek ialah Syarikat Brumas Jaya Sdn Bhd yang mana ia semacam gagal meletakkan sebarang papan tanda keselamatan. Tidak mustahil kepada mereka yang jarang melalui jalan ini boleh terjatuh dari jambatan yang terbengkalai ini. Dibimbangi ianya akan meragut nyawa orang awam yang tidak berdosa. Harapnya pihak-pihak bertanggungjawab sama ada JKR dan lain-lain mengambil tindakan dengan segera. YB juga harapnya tidak terlepas pandang tentang kes ini. Apa yang masyarakat enehnya kenapa ia terbengkalai?Adakah peruntukan sudah habis atau tidak mencukupi?ATAU kontraktor pembinaan telah gulung tikar?

(Jambatan terbengkalai yang bakal membawa padah)
**Isu ini telah di hantar ke borneo post dan sabah time.Mudah2an diambil perhatian.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home