Saturday, June 21, 2008

SEMINAR PERUBATAN ISLAM SIRI II BERJAYA
Kota Marudu-15 Jun 2008, Seminar Perubatan Siri II yang diadakan disini mendapat sambutan yang luar biasa dari masyarakat sekitar. Pihak penganjur iaitu Jawatankuasa Masjid At-Taqwa yang pada awalnya membuka penyertaan kepada 80 orang terpaksa menambah cetakan kertas kerja bilamana kehadiran orang ramai melebihi apa yang dijangkakan. Pembentangan dan huraian ayat2 ruqyah oleh Ustaz Trimizi yang diselangi dengan kisah2 benar sepanjang menjalankan khidmat perubatan Islam menarik perhatian peserta seminar. Pada sebelah petangnya pula apabila klinik perubatan dibuka kelihatan bertambah lagi penyertaan untuk rawatan sehinggakan proses rawatan terpaksa disambung selepas solat Maghrib . Pada seminar kali ini apa yang menariknya ada di kalangan penduduk kristian yang mendaftar dan mengikuti seminar dan mudah-mudahan ia memberi ruang penyebaran dakwah tentang kehebatan dan kebenaran Islam. Untuk siri seterusnya pihak penganjur tidak dapat menentukan tarikhnya lagi dan InsyaAllah sekiranya tidak ada halangan ia akan diadakan pada tahun ini juga. Sama-sama kita nanti dan ikuti.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home