Saturday, August 09, 2008

PESTA "MAT PINTAR" DI MASJID AT-TAQWA KOTA MARUDU
Pagi ni seperti yang dirancang susu untuk kesihatan dari syarikat SID tiba di Masjid At-Taqwa. Alhamdulillah...suasana bagai pesta bila ramai yang berebut-rebut mendapatkannya. Jumlah yang dihantar adalah satu trailer (1800 kotak besar). Walaupun tujuan asalnya untuk pelajar muallaf/saudara baru namun ramai juga penghuni pasar berdekatan mengambil peluang mendapatkan susu yang "Bukan Untuk Dijual" ni. Tak apa lah. Ada yang ambil 1 kotak, ada 2 kotak, ada tiga kotak dan tak mustahil ada yang ambil lebih dari 5 kotak. Itulah....bila barang free tentu ramai berkehendakkannya. Susu itu juga di hantar juga untuk Masjid Pekan Lama sbb dengar cerita jemaah sana ada majlis gotong royong nanti. Apapun syukurlah kerana baki terakhir yang ada di stokkan tadi lebih kurang 35 kotak aje lagi. Harapnya hari ni dapat settle semua. Terima kasih Cikgu Jamil dan sahabat-sahabat di KK. Begitu juga ust Baharuddin yg banyak membantu melancarkan pembahagian susu td.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home