Tuesday, October 07, 2008

AMANAH BARU SEBELUM PINDAH BERTUGAS(kemaskini)
Hari ni aku dan beberapa rakan guru (Cikgu Soo, Satri dan Jasni) telah dilantik sebagai pegawai Pemantau bagi menjelajah ke sekolah-sekolah di daerah Kota Marudu dalam melaksanakan misi memantau Ko-Kurikulum sekolah. Sekolah yang sempat di pantau selia hari ni ialah SK Sampir dan SK Bengkongan. Kami juga sempat ke SK Teringai Darat namun PK Kokumnya tiada kerana sakit mata. Pemantauan mengambil masa yang agak lama kerana skop pemantauan yang pelbagai dan menyeluruh. Jalan utk ke sekolah2 yg dipantau pun bergrabel dan agak teruk. Nasib baiklah td pergi dgn frontier ku. tak lah bermaslah sangat. Secara puratanya kebanyakan sekolah setakat ini tidak memenuhi kehendak skop pemantauan. banyak yang kurang termasuk benda2 asas ko-kurikulum. Esok kami akan memantau lagi......jam 7.30 pg bersedia berkumpul utk bergerak.
Hari kedua kami ke SK Malangkap dan SK Marak Parak. Ia memakan masa yang agak lama dari tanah rata. Jalannya sangat mencabar dengan batu-batu besar. Maklumlah kawasan bukit. Kemudahan fasiliti yg kurang menampakkan lagi kedaifan kemudahan yg sepatutnya disediakan kerajaan. Ada yang tiada elektrik dan bangunan serta kemudahan lain juga ada yg nazak. Fail kokum...biasalah. Kadangnya fail je ada tapi isi kosong dan tidak di update. Tapi satu perkara yang perlu di respect iaitu kesanggupan serta pengorbanan guru yg berkhidmat di sana. Ada yang sanggup berulang2 setiap hari. Petang pula kami sempat ke SMK Langkon. Nampak fail mcm bagus namun masih lompang dan tidak menepati kehendak jabatan. Kami balik dalam keadaan cuaca yang hujan lebat sampai ada di antara kami yg basah2.
Hari ketiga sekolah yang menjadi tumpuan ialah SK Tanjung Batu, SMK Tandek dan SK Tandek. Biasa juga pemantauan mendapati masih banyak yang perlu diperbetul dan disediakan mengikut kehendak jabatan. Ini penting dalam memastikan kegiatan dan pengurusan kokum kemas dan teratur serta berkesan. Aku sendiri pun disekolah masih banyak yg perlu dikemaskini. Biasalah baru terjun dalam bidang ni. Apa-apa yg kurang kita sama-sama memenuhi. "MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA".
Gambar2 Kenangan semasa pemantauan


(Ini adalah kelas belajar yg agak daif)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home