Thursday, October 02, 2008

SEDUTAN KHUTBAH EIDUL FITRI 1429H
Masjid Daerah Kota Marudu.
Khatib: Zakaria Md Ali Hanafiah
(Kemaskini)

Barangkali, mungkin ini adalah tugas membaca khutbah terakhir untuk aku di Masjid Daerah Kota Marudu ni. Walaupun ada satu lagi giliran pada 28 November ni, tapi rasa macam tak sempat. Mungkin masa tu dah berada di kampung ...biasalah cuti hujung tahun, apatah lagi kalau dapat berpindah. Untuk Warga muslim di daerah ini yang mengikuti khutbah Jumaat aku selalu, pohon maaf kalau ada sebarang kekurangan dalam khutbah sama ada dari sebutan dan penyampaian. Maklumlah aku yg berbahasa jerman ni tak boleh tinggal loghat tu. Walau apapun.... yg bermanfaat tu sama-samalah diambil iktibar dan pedoman mudah-mudahan kita senantisa berada dalam hidayah dan rahmat Allah SWT. AMIIN.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home