Sunday, October 05, 2008

MENGIMBAU RAMADHAN 1429H
Ramadhan yg lalu telah merakamkan seribu makna dan sejarah tersendiri buat aku serta sahabat2 khususnya di Kota Marudu ni dan Sabah amnya. Mungkin ini adalah Ramadhan terakhir di negeri di bawah bayu ni buatku dan sahabat2 yang bakal berpindah ke semenanjung pada bulan Januari 2009 nanti. Antaranya yg dah isi borang pohon pindah ialah Ust Badrol sekeluarga serta Ust Muslim Pingan2 sekeluarga. Maklumlah dah hampir 8-9 tahun sudah kami berada di Sabah ni dan nampaknya sesuai sudah kalau dpt pindah pun jika diizinkan Allah SWT. Kata pepatah " Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri, Baik Lagi Di Negeri Sendiri". Biasalah alasan........Untuk Ramadhan kali ini beberapa program je yang dapat dilaksanakan disamping aktiviti rutin menjelajah surau-surau sekitar antaranya Masjid Daerah, Surau An-Nur Longob, Surau Garuda Baru, Surau Taman Beringin, Surau SMKKM Surau hospital lotong dan Surau SMKKM2. Antaranya program yang sempat di atur tahun ni ialah, Program berbuka puasa di kampung saudara baru, program agihan kurma dan pakaian kepada golongan miskin/saudara baru, program agihan barang2 keperluan utk anak yatim serta majlis berbuka puasa untuk warga Pasti Al-Hikmah. Walaupun semua program ini tidaklah mempunyai peruntukan besar namun berkat bulan yang mulia ni alhamdulillah sambutannya amat menggalakkan. Cuma yang grand sikit ialah dapat sumbangan dari JAKIM sebanyak RM1500 untuk majlis berbuka puasa. Terima kasih che'gu Jamil, Ust Khaidir dan Ust Akmal yang sudi datang memeriahkan lagi program apatah lagi berusaha mendapatkan peruntukan demikian dan juga sebahagian pakaian. Untuk sahabat2 disini ( Ust Rafi, Ust Hazimi, Ust Badrol, Ust Sharil, Ust Rahim, Ust Ajirin, dan banyak lagi.......kalau nak disenaraikan) yang banyak berkorban menjayakan misi dakwah sempena Ramadhan terutama untuk sumbangan tenaga, pakaian, duit, bekalan raya, bahan2 berbuka puasa diucapkan terima kasih banyak-banyak. Cuma rasa terkilan sikit sebab untuk pelajar yatim SMKKM2 program tak dapat diteruskan. Menurut cikgu Lie, ini disebabkan ada sedikit masalah teknikal . Mudah-mudahan program seumpama ini akan dapat diteruskan lagi tuntuk tahun depan agar terus menerus mendapat keberkatan. Yang penting Ikhlas.........Amiin.
(Koleksi Gambar program)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home