Thursday, October 02, 2008

MUSIBAH DI EIDUL FITRI KE-2

Tragedi kemalangan jalan raya di dunia ini tidak mengira tempat dan tarikh tertentu. Bukan sahaja dibandar2 dan dijalan2 besar namun di kg/pedalaman pun boleh berlaku. Biarpun dlm keadaan umat bergembira namun disana ada ujian2 tertentu untuk menguji keimanan dan ketakwaan manusia sama ada tetap bersyukur dengan nikmat atau bersabar dengan musibah yang menimpa. Pulang dr rumah ucop td ada satu kereta terbabas di dalam parit. Nasib baik tuannya dikhabarkan tidak mengalami kecederaan serius. Ini barangkali kes-kes yg boleh dimasukkan dlm statistik opps sikap 17 polis traffik. Itulah ketentuan Allah agar manusia memandang hikmah di sebalik satu2 kejadian. Mudah2an munusia berfikir.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home