Friday, November 07, 2008

SYUKUR ALHAMDULILLAH, PERMOHONAN PINDAH BERJAYA
Biarpun agak berat hati ini untuk meninggalkan Kota Marudu, SABAH namun kejayaan permohonan ini sudah pasti ada hikmahnya. Hanya kepada Allah ku pohon perlindungan dan kesejahteraan agar perpindahan ini merupakan perpindahan yang dirahmatiNYA. Memangpun secara jujur aku dan keluarga bercita-cita untuk pindah namun bila mengenangkan kenangan di Kota Marudu ini kesayuan tetap datang biarpun tidak diundang khusus. Dari awal permohonan, kami hanya bertawakkal kepadaNYA agar segala keputusan yang bakal diterima ini adalah keputusan yang baik untuk kami sekeluarga. KENYATAANNYA......kami dah dapat pindah. Ku pohon kepada sahabat2 di Kota Marudu khasnya, di Sabah dan di mana-mana amnya agar mendoakan aku dan keluarga tetap terus dalam perjuangan ISLAM biarpun dimana kami berada. TAKBIR!!!Allahuakbar
Terima Kasih Sahabatku....
Setelah keputusan perpindahan kami diketahui umum maka ramai yang terkejut dan bila bertemu ucapan tahniah seringkali dilontar. Terima kasih banyak2. Tak lupa juga ada yang datang dengan perasaan sayu kerana bakal kehilangan rakan seperjuangan. Aku pun begitu juga sebenarnya, tak dapat menahan air mata bahkan dalam beberapa majlis terpaksa ku biarkan tangisanku terdedah dikhalayak ramai. Maklumlah dari 2001 di Sabah ni, Kota Marudu dah jadi mcm kampung sendiri dan pelbagai kenangan dan pengalaman berharga dapat dikutip. Hubungan dengan sahabat2 sama ada penduduk tempatan dan sahabat2 semenanjung sememangnya cukup akrab dan mesra. Apatah lagi shbat2 disini mudah 'berkira'. Sebut saja nak buat program, sebut sj nak minta bantuan, sebut saja itu ini...insyaAllah dapat sahabat2 bantu dan penuhi. Inilah satu kenangan bernilai di sini. Mudah-mudahan di Kelantan tempat tumpah darahku nanti suasana seumpama ini tetap berlaku dan harapnya akan lebih lagi.

1 Comments:

At 10:59 AM, Blogger bayu pagi said...

Tahniah, berapa ramai lg yg mengharapkan dpt balik ke Kelantan tp tak diluluskan. Rezeki tu...

 

Post a Comment

<< Home