Thursday, January 29, 2009

BUBUR AS-SYURA HANGAT DIAKHIR MUHARRAM

Alhamdulillah..diakhir2 Muharram ni ramai pula dikalangan kita berebut2 membuat bubur as-syura. Termasuklah aku, keluarga dan teman2 sendiri. Biarpun bukannya berkemahiran dalam bab masak2 bubur ni ni tp tentang kacau-mengacau ni boleh tahan juga. Yang agak grand tahun ni 3 kawah di buat di masjid PAS Chedok/bersekali dengan PASTI (yang masih belum siap sepenuhnya dan memerlukan sumbangan orang ramai). Yang lain2 biasalah sekawah-sekawah. Alhamdulillah hasil bubur ni enak dan lazat berbanding bubur ni di KDC, Kota Marudu dulu maklumlah di sini ada tukang2 veteran yang berpengalaman. Kalau dulu kat sabah buat dalam kuali aje tp disini dalam kawah hitam tu. baru nampak real. Walaupun proses akhir kerja ini nak menghasilkan bubur yang enak namun apa yang lebih utama ia dapat menghidupkan sunnah dan juga dapat mengeratkan ukhwah sesama sanak saudara, rakan taulan dan jiran sekampung. Mudah-mudahan kerja-kerja membuat bubur as-syura ini akan tetap diadakan pada tahun2 mendatang kerana di sana ada hikmah yang banyak untuk kebaikan ummah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home