Thursday, January 29, 2009

CAKNA PALESTIN MENYENTUH SUNUBARI

Petang Jumaat lepas aku dan beberapa sepupu termasuk adik bongsu telah bersama-sama di majlis Cakna Palestin anjuran Kerajaan Kelantan Darul Naim. Biarpun kami dah agak terlewat sampai alhamdulillah kami masih lg sempat solat maghrib beriman di stadium yg penuh dengan lautan manusia. Apabila solat hajat selesai dan doa dibaca iman kesayuan terus menusuk ke kalbu. Dengan kehadiran yang sebegini ramai menjelaskan lagi kecaknaan ummah terhdap penderitaan saudara seislam di Palestin yang menjadi mangsa kezaliman yahudi zionis laknatullah. Program yang diselangi dengan nasyid, pentomin yang hebat beserta ceramah dari pelbagai pimpinan yang berlainan agama dan anutan jelas menggambarkan permaufakatan ummah memerangi kezaliman. Apa yang pelik sehinggakan ada pimpinan yang bukan Islam diakhir ucapan menyebut Hidup Palestin!!! dan Hidup ISLAM!!! Alhamdulillah bagi ku secara peribadi program ini cukup berjaya biarpun program dihujani hujan rahmat yang turun namun kesetiaan hadirin tetap utuh sehinggalah majlis selesai.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home