Thursday, June 04, 2009

AKU DAN HARI JADI

Hari jadi ni mmg dah sebati dlm banyak bangsa. Org Islam pun ramai yang meraikannya. Apabila kita meraikan sesuatu, lazimnya kerana kemenangan, kejayaan tertentu yang begitu bernilai.Tetapi berbeza dgn hari jadi. Hari jadi bukan diraikan untuk meraikan kemenangan. Tidak ada apa-apa kemenangan. Terlalu ramai orang yang dengan mudah dapat hidup dari tahun ke tahun. Walaupun dia adalah penagih dadah, ‘kejayaan’ hari jadi tetap boleh dikecapi dengan mudah. Birthday Nabi SAW disambut kerana hidupnya sangat bermakna, dan tidak semua orang boleh melakukan sebagaimana akhlak Rasulullah SAW. Adakah akhlak kita setanding Rasulullah SAW sehinggakan hari jadi kita patut disambut? Adakah nyawa kita sentiasa diancam oleh orang ramai pada sepanjang masa kerana kita menegakkan agama Islam? Setiap benda, mestilah kena rujuk dulu dari segi Islam. Letakkan Islam di tempat paling tinggi.Lazimnya, hari jadi diraikan dalam suasana yang riang gembira atau fun, iaitu lebih kepada hiburan.Lazimnya, apabila ulang tahun hari jadi setahun, sebatang lilin dicacakkan di atas kek. Apabila ulang tahun ke-40, 40 batang lilin dicacakkan. Apa yang kita lihat, seolah-olah suatu kejayaan apabila kita mencacakkan lilin. Lebih banyak lilin, kelihatan lebih berjaya.Sebenarnya ini ‘kejayaan’ yang tidak ada maknanya apa-apa kerana peningkatan umur bukanlah sesuatu yang sukar dicapai.Ketika menyambut hari jadi, apabila kita meletakkan harapan supaya orang yang menyambut hari jadi itu sihat, berjaya dan seumpamanya, kenapa tidak kita meletakkan harapan tersebut pada sepanjang masa?Apabila kita mendakwa kita juga mengharapkan orang yang menyambut hari jadi itu berjaya dan seumpamanya pada hari selain hari jadi, kenapa kita sambut hari jadi?.. dan hari jadi menjadi sesuatu yang tiada maknanya.Namun begitu, tidaklah sia-sia jika pada ulang tahun hari jadi tersebut kita meraikan dengan cara membuat kenduri kesyukuran sebagai tanda kita bersyukur (niatnya) kepada Allah SWT kerana masih lagi diberikan ruang untuk meneruskan kehidupan. Ataupun kita buat sujud syukur dan solat hjt mudah-mudahan Allah merahmati kita dengan memberikan umur kita yang panjang untuk menjadi orang yang soleh dan bertaqwa untuk kebahagian dunia sementara dan kebahagian akhirat yg kekal abadi.
* Atau mungkin jg hr jadi di sambut supaya menyedarkan kita bhw kita semakin tua dan tidak leka untuk beribadat dan beramal sebagai bekalan akhirat. di samping meninggalkan perkara maksiat dan sia-sia......... renungkanlah.
* InsyaAllah, tanggal 5 Jun 2009 bersamaan 11 Jamadil Akhir adalah ulangtahun hari lahirku. Jadi, "SELAMAT HARI LAHIR UNTUK DIRI SENDIRI"

0 Comments:

Post a Comment

<< Home