Sunday, June 28, 2009

PROSES PENDAFTARAN BIBI DAN NANAI BERJALAN LANCAR
Hari ni merupakan hari bersejarah buat bibi dan nanai yang mula menjejak kaki ke SMK Ayer Lanas. Tidak lain dan tidak bukan tujuannya untuk meneruskan kesinambungan menuntut ilmu setelah terpaksa berhijrah dari Kota Marudu Sabah kerana masalah peribadi dan keluarga yang menimpa mereka berdua. Sampai di sekolah pula sambutan baik dari pelajar membuatkan aku rasa senang hati untuk meneruskan niat hati ini agar mereka bersekolah di sini. Alhamdulillah proses pndftran berjalan lancar dengan kerjasama baik dari pihak pengetua sekolah dan juga pegawai pelajaran daerah Jeli termasuk Cikgu Zainal (cikgu semasa aku bersekolah dahulu di SMK Kemahang) yang merupakan pegawai unit pengurusan sekolah. Sempat lagi kami dibelanja minum. Pihal penyelia asrama juga memberi lampu hijau dari awal lagi .
InsyaAllah hari Rabu ini mereka akan memasuki asrama (berdasarkan pilihan mereka sendiri) dan sementara waktu ini mereka menetap di teratak sewaku.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home