Tuesday, August 25, 2009

PROGRAM TADARRUS DAN MAJLIS BERBUKA PUASA DENGAN TOK GURU MERIAH

(Gambar sekitar Majlis)
Dari Pasir Mas setelah melihat anak saudara baru (anak sulung moksu Wani yg baru dilahirkan) aku dan keluarga bergegas pulang untuk mengikuti pula majlis bersama Tok Guru yg dirancang awal di Masjid kampungku. Alhamdulillah harapan kesampaian. Majlis berjalan dengan jayanya dan semua hadirin berpuas hati. Biarpun banyak perkara dalam tazkirah yang disampaikan oleh Tok Guru, aku cuma nak sebutkan satu saja bagi dikongsi semua. Iaitu istilah "bulan puasa" yg selalu digunakan oleh orang ramai. Tok guru minta kita semua jangan guna lagi istilah tu sebaliknya membiasakan menyebut "bulan Ramadhan". Ini kerana sesetengah orang merasakan bila sebut bulan puasa segala tanggungjawab dah tertunai bila sahaja melaksanakan puasa sebab org akan fokus kepada ibadat puasa itu sahaja. Berlainan dengan bulan ramadhan yang mana bukan sahaja kita dituntut berpuasa malahan di dalamnya banyak lagi amalan lain yang perlu ditunaikan sama ada secara khusus atau umum. Itulah lebih kurangnya, semoga kita semua mandapat manfaatnya.
Tadinya, cadangan awal aku, nak ikuti maklumat terkini keputusan PRK Permatang Pasir tetapi terpaksa dikorbankan demi mendengar amanat dari ulama' yang disanjungi. Terima Kasih kepada AJK perlaksana yang bertungkus lumus manjayakan program. Semoga jasa bakti kalian mendapat imbuhan pahala dari Allah SWT. Untuk Akhirnya..Terima kasih banyak Tok Guru, TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR

0 Comments:

Post a Comment

<< Home