Sunday, October 04, 2009

SUPERBIKE IMPIAN
Menjadi cita-citaku sejak dari kecil untuk memiliki sebuah superbike, namum adakah impian ini akan tercapai? Melihat senario semasa menyebabkan aku berfikir 2 kali untuk memilikinya Ada beberapa persoalan yg perlu dijawab untuk diri sendiri sekiranya masih berkecenderungan untuk memiliki jentera ini. Antaranya ialah :
1) Adakah kewajipan kepada agama sudah tertunai sebelum memiliki superbike
- Kekadang kita asyik mengejar kehendak dunia sehingga kita gagal dalam menyelesaikan tanggungjawab kita kepada Allah. Sebagai contoh, kita boleh buat rumah beratus ribu ringgit tp kita tak mampu untuk menunaikan fardhu haji biarpun kemampuan lain kita dah penuhi. Kos haji tidaklah sampai seratus ribu. Mungkin sekitar 15 ribu seorang je.
2) Apakah tujuan untuk memiliki jentera ini
- Dibimbangi sifat riak nak menunjuk-nunjuk akan hadir dalam diri dan ini sangat dilarang oleh agama. Kalau nak guna superbike ini untuk memecut laju, ia bimbang nanti akan membahaya dan mumudharatkan diri dan org lain, kalau nak naik perlahan tak guna, bagus guna honda ex5 yg sedia ada. Ataupun nak bg org tengok kecantikan superbike? ini dah salah. maknanya......nak menunjuk2 dah tu
3) Nak beransurankah untuk memilikinya
- Cara pembiayaan kewangan sekarang banyak terlibat dengan riba, kalau fikir tak apalah kalau tak pakai superbikepun daripada menjadi beban yg terpaksa dipikul diakhirat nanti
4) Katakanlah duit lebih banyak, rukun agama dah penuhi, tp adakah tanggungjawab sesama saudara Islam dah ditunaikan.
- Banyak lg umat islam disekeliling yg perlu dibantu dari dok perabis duit dgn superbike ni, terutama saudara terdekat, jiran2 dan lain2. Jadi..........
AKU PERLU FIKIR KEMBALI UNTUK MEMILIKINYA...........
mudah2an dianugerahkan Allah jalan penyelesaiannya

0 Comments:

Post a Comment

<< Home