Thursday, November 11, 2010

ALHAMDULILLAH..ADILAH MASIH MEMPERTAHANKAN KEJAYAAN

Guru yg berkomitmen

Adilah: persembahan menghafal 9 hadith

Semasa menerima hadiah

Bersama hadiahnya


Sokongan keluarga

Tahun lepas anak keduaku Adilah dah berjaya menjadi pelajar cemerlang 4 tahun di PASTI Nurul Ehsan Ayer lanas. Alhamdulillah tahun ini dia masih dpt mempertahankannya untuk sesi 5 tahun. Nanti 27 Nov ini Adilah akan mewakili PASTInya untuk peperiksaan di peringkat negeri pula. Syukur banyak-banyak kepada Ilahi. Mudah-mudahan kejayaan ini akan terus berulang dan berkekalan. Sebagai bapa tidak dpt diceritakan kegemberiaan dan ini adalah anugerah yg perlu disyukuri kerana barangkali ini adalah ujian Allah untuk hambanya.Terima kasih banyak kepada guru-guru PASTI Nurul Ehsan Ayer Lanas yang telah mendidik anak-anak sehingga berjaya. Kelmarin Adilah mempersembahkan nasyid dan solo menghafal 9 hadith manakala rakan-rakannya 6 tahun mempersembahkan amali solat yg lengkap dengan zikir dan doa serta ayat 1000 dinar. Barangkali ada sesetengah ibubapa yg tidak boleh menguasai seumpama itu. Ada yang dilihat raut wajah mereka penuh kegembiraan dan kehibaan. Allahuakbar….akupun rasanya tak mampu nak didik anak macam ni di rumah. Tapi…inilah jasa guru-guru. Mudah-mudahan Allah memberikan ganjaran yang selayaknya kepada mereka. Upacara pembahagian hadiah disampaikan oleh isteri YB Ustaz Abdullah Yaakob. Tahniah anakku. TAKBIR!!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home