Sunday, July 13, 2008

NADA SYABAB MEMPERTAHANKAN KEJUARAN MARHABAN DAN BERZANJI PBU (dikemaskini)

Hari ini Nada Syabab mengulangi kejayaan tahun 2007 dengan mempertahankan kejuaraan Marhaban Dan Berzanji di Festival Kesenian Islam Marhaban, Bezanji Dan Kompang Peringkat Pantai Barat Utara (PBU). Nada Syabab (Nama baru yang di rebranding dari nama asal Nadal Fata) yang mewakili daerah Kota Marudu telah berjaya menewaskan 5 pasukan lain dengan jumlah pungutan markah 71 % dengan meninggalkan pasukan lawan dari Kota Belud yang mendapat markah 67%. Tempat ke tiga pula dimenangi oleh pasukan dari daerah Kudat. Walaupun pada pengamatan awal dilihat pasukan dari Kota Belud memberi saingan sengit namun dengan persembahan mantap dan cermat serta bergaya dari Nada Syabab telah menafikan kejayaan pasukan dari Kota Belud itu. Cuma ada satu insiden kecil yang berlaku semasa persembahan bilamana En Shaharudin yang sedikit ”bercere’k suaranya akibat terlalu teruja dengan persembahan. Walaupun begitu, kecacatan ini tidak menghalang hakim menobatkan kumpulan Nada Syabab ini sebagai Johan pertandingan. Nadal Shabat dianggotai oleh En Rafie, En Zainur Anuar, En Rahim, En Azam, En Zakaria, En Shaharuddin, En Jabal, En Hafiz, En Ajirin, dan En Hilal telah berjaya membawa pulang hadiah berupa piala dan wang tunai berjumlah RM500. InsyaAllah pada 22 Julai 2008 ini pasukan ini akan mewakili PBU ke Festival Kesenian Islam Marhaban, Bezanji Dan Kompang Peringkat Negeri Sabah.(penulis masih menunggu gambar terkini dari En Rahim dan En Ajirin)