Monday, November 23, 2009

PILIH PASANGAN HIDUP YG BERAKHLAK MULIA DAN BERIMAN
ISLAM mengajar umatnya berhati-hati memilih pasangan hidup kerana hidup berumahtangga tidak hanya untuk satu atau dua tahun tetapi diniatkan sepanjang hayat.Usaha memilih calon isteri atau suami tidak boleh dianggap mudah. Ia memerlukan waktu kerana kriteria memilih harus sesuai dengan syariat Islam. Orang yang hendak bernikah perlu memilih teman hidupnya dengan cermat.

Apabila seorang Muslim memilih pasangannya bererti dia menjadikan pasangan itu sebahagian daripada hidupnya.Wanita yang akan menjadi isteri dalam rumah tangga akan menjadi ibu atau pendidik anaknya.Lelaki yang menjadi suami atau pemimpin rumah tangga akan bertanggungjawab dalam hidup anak dan isteri.Janganlah sampai menyesal terhadap pilihan pasangan selepas berumah tangga. Dalam memilih calon isteri, Islam memberikan beberapa petunjuk dan kriteria.Satu daripada kriteria itu ialah calon isteri hendaklah memiliki dasar pendidikan agama dan berakhlak.

Sabda Rasulullah bermaksud, “Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, baginda bersabda, “Perempuan itu dinilai kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia (Muttafaqun Alaihi).Dalam hadis itu, dilihat bagaimana baginda menekankan pada sisi agamanya dalam memilih isteri dibanding dengan harta, keturunan, bahkan kecantikan sekalipun.Allah berfirman bermaksud, “Jangan kamu nikahi wanita musyrik sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak mukmin lebih baik daripada wanita musyrik walaupun ia menarik hatimu. (Surah al-Baqarah: ayat 221).Sehubungan itu, dengan kriteria memilih calon isteri berdasarkan akhlaknya, Allah berfirman bermaksud, “Wanita keji adalah untuk lelaki keji dan lelaki untuk wanita keji dan wanita baik adalah untuk lelaki baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita baik. (surah An-Nur: Ayat 26).

Seorang wanita yang memiliki ilmu agama tentu akan berusaha dengan ilmu itu supaya menjadi wanita salihah dan taat pada Allah. Wanita salihah akan dipelihara Allah, seperti firmannya bermaksud:“Maka wanita yang salihah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara dirinya. Oleh kerana itu Allah memelihara mereka.” (Surah An-nissa, ayat 34).Sesungguhnya wanita solihah bagi lelaki adalah sebaik-baik perhiasan dunia. Kriteria memilih isteri yang harus diberi perhatian ialah mempunyai sifat penyayang dan dapat melahirkan banyak anak.Dalam memilih wanita yang banyak melahirkan anak, ada beberapa perkara yang perlu diketahui iaitu:Kesihatan fizikal dan penyakit yang menghalang kehamilan. Untuk mengetahuinya, kita mesti meminta bantuan pakar. Oleh itu, seorang wanita yang mempunyai kesihatan yang baik dan fizikal kuat biasanya mampu melahirkan banyak anak.

Di samping itu, dia dapat memikul beban rumah tangga serta menunaikan kewajipan mendidik anak serta menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik.Melihat keadaan ibu dan saudara perempuan yang sudah bernikah. Sekiranya mereka termasuk wanita yang banyak melahirkan anak, maka biasanya wanita itu akan seperti itu juga.Hendaklah memilih calon isteri yang masih gadis, terutama bagi lelaki bujang. Ini dimaksudkan untuk mencapai hikmah sempurna dan manfaat yang agung.

Di antara manfaat itu adalah memelihara keluarga, bukan menyusahkan kehidupan, menjurus ke dalam pelbagai masalah serta permusuhan.Pada masa sama, ia akan mengeratkan tali cinta kasih antara suami isteri dan sekali gus memberi sepenuhnya kehalusan serta kelembutan kepada lelaki yang pertama kali melindungi, menemui dan mengenalinya.Lain halnya dengan janda. Kadangkala daripada suami kedua, dia tidak mendapatkan kelembutan hati yang sebenarnya kerana ada perbezaan besar antara akhlak suami pertama dan suami kedua.Mengutamakan orang jauh (dari keakraban) dalam perkahwinan. Ini dimaksudkan untuk keselamatan fizikal anak keturunan daripada penyakit yang menular atau cacat secara turun temurun.

Biasanya anak tidak tumbuh besar dan dalam keadaan lemah atau mewarisi cacat kedua orang tuanya dan penyakit nenek moyangnya.Di samping itu, cara itu juga dapat memperluaskan pertalian kekeluargaan dan mempereratkan ikatan sosial.Diharap kriteria dinyatakan itu dapat menjadikan panduan dan pedoman bagi lelaki khususnya, teruna yang ingin mencari pasangan hidup dan menamatkan bujang.Kita juga mengharapkan rumah tangga yang dibina itu akan mendapat berkat, bahagia dan kekal abadi hingga ke akhir hayat.
IKLAN :
SELAMAT PENGANTIN BARU BARU BUAT UST. MAHUSIN SMK AYER LANAS
25 NOV 2009

Wednesday, November 18, 2009

TAHNIAH ADILAH

(Nur Liyana Adilah Binti Zakaria)
Alhamdulillah dan Tahniah!!! kepada anak keduaku, kerana berjaya menjadi pelajar cemerlang untuk 4 tahun Pasti Nurul Ehsan, Ayer Lanas, Kelantan. Semoga tahun depan akan terus mempertahankan kecemerlangan. TAKBIR!!! ALLAHUAKBAR

Friday, November 13, 2009

TAHNIAH DAN TAKZIAH BUAT SAHABAT SEPERJUANGANKU UST AZAM KOTA MARUDU
Pertama sekali diucapkan sekalung tahniah buat Ust Azam sekeluarga yg berjaya dlm permohonan mereka untuk pindah ke tanah besar. Kedua ucapan takziah dikirimkan juga kerana sudah pasti PAS Kota Marudu akan kehilangan seorang lagi pejuang Islam di sana. Perpindahan Ust Azam ini sedikit sebanyak akan menimbulkan kegelisahan kepada rakan sahabat di sana. Beliau bukan sahaja orang penting untuk jemaah Islam bahkan kepada jabatan pendidikan Sabah. Keterlibatan beliau sebagai bendahari aktif jemaah dan PASTI Kawasan, penggerak KRS Kota Marudu, penggerak Nadal Shabab (kump marhaban) sampai ke peringkat negeri, ajk kumpulan pemancing, penggerak dakwah tanpa henti dan lain2 lg adalah komitmen yg bukan calang-calangnya. Apapun yang pasti segalanya sudah termaktub dan ditetapkan oleh Allah. Tentu ada hikmah yang tersembunyi disebalik perpindahan ini.
Harapanku agar Ust Azam akan terus komited dalam perjuangan Islam biarpun dah kembali ke tanah besar. Malahan mungkin akan lebih lebih lebih lagi. Adapun rakan-rakan yg masih belum dapat berpindah (Ust Badrol dan lain2) diharap dapat bersabar dan mencari hikmah di sebalik kegagalan pindah ini. Kota Marudu masih memerlukan khidmat kalian.
Tak lupa juga rakan2 lain yg dapat sama pindah iaitu Anuar dan keluarga serta Halimah. TAHNIAH diucapkan!!!.
Ikhlas dari :Dari Zakaria, Rosnani dan keluarga (X- K.Marudu)
Opps lupa.....kalu nak atur kargo pindah hrpnya jgn guna org tengah...hubungi sendiri dgn syarikat krn sesetengah org tengah akn mengambil kesempatan atas kejayaan pindah ini.
Tip pindah :
- LPC mesti suruh kerana sek buat awal br gaji tak putus mcm aku dulu
- Rekod Perkhidmatan dgn JPN mesti disemak dan di kemaskini
- Surat serah tugas
- Tiket percuma dgn jabatan, pergi sana dgn bw dokumen surat pindah, sberanak anak, sijil khawin (alah lupalah aku.....lg apa) dan lain2
- kumpul brg ikut kategori spy senang nak packing nanti
- puspakom kereta kalau perlu. mcm hr tu, pn norlyn maypack yg atur semua sbb guna kargo dia.
- byr bil air dan elektrik, dan telefon. Utk streamyx kalau dah habis kontrak bolehlah potong terus dan apply semula disini kalau mahu. sbb mcam aku hr tu kalau pindah sini ada masalah sikit. tp terpulanglah.
- byr hutang dgn sesiapa2 kalau ada.
- bersih rumah agar tuan rumah senang hati
- bermaafan dgn shbt2....dlln yg sepatutnya.....tambah sendirilah.
Di sini disertakan syarikat kargo yg pernah aku guna utk pindah dulu untuk rujukan rakan2 :
Nama Syarikat : Maypack Sdn Bhd
Nama Manager : Norlyn Said
No Tel : 016-8114971. 012-8674521
Nak kata terlampau bagus tak jg, tp ok lah. Boleh minta saguhati kalau mahu. Tp kalau nak minta pastikan dia byr sblm packing brg. jgn bagi bank in (bermasalah nanti)
Mungkin boleh komisyen kalau pandai deal. Slmat berurusan. Tp mesti terus dgn Norlyn tu jgn guna org tengah sbb bermasalah nanti.