Thursday, April 30, 2009

DIARI KEHIDUPAN BARU


Bila kembali ke tanah tumpah kesibukan senantiasa memanjang. Sebelum pindah dulu amatlah sangat untuk mengadakan pelbagai aktiviti2 bila berjaya pindah ke kampung. Tapi perancangan yang diharapkan tidak begitu. Semestinya diari baru mengisi segala lompang waktu:
Hari Kerja -paling awal balik jam >2.30 itupun kalau tiada apa-apa aktiviti. Kalau mesyuarat, DP, kokum, kelas tambahan dan lain-lain kadangnya lajak sampai jam 5.30. Pernah sekali mesyuarat PIBG, jam 7.00 lebih baru sampai di rumah.
Hari Minggu - cadang nak masuk kebun, tapi setakat ni berapa hari je yang dapat di peruntukan. Biasanya pulang ke kampung Kemahang dan Dusun bunut. Sekali sekala ada jg shoping di KBharu.
Hari Cuti - biasanya terpaksa di agih untuk kelas tambahan kerana sekarang mengajar tingkatan 3 PMR dan tingkatan 6 STPM.
Jawatan di sekolah yang terpaksa mencuri waktu kehidupan - Guru SMM, Ketua Panitia Pengajian Perniagaan, Pengerusi Kelab Guru Dan Staff sekolah dan ada beberapa jawatan lagi.
Walaupun begitu hati ini tetap juga bergembira kerana :
Dapat tinggal berhampiran keluarga
- Nak pulang ke kampung Kemahang lebih kurang 15 minit sahaja, kapung Duisun Bunut lebih kurang 1 jam aje.
Dapat merapatkan ukhwah antara waris2
- Di sini berlaku jejak kasih yang bagus sangat. Gembira rasa hati bila dapat bertitih asal usul keluarga sehingga aku bertemu anak sepupu dan banyak lagi sebagai murid, rakan se badminton, rakan seperjuangan dan lain2.
Dapat berkebun
- setakat ni memang best masuk kebun biarpun hanya menebas semak samun. Apatah lagi kebun sendiri. ketenangan boleh diperolehi.
Dapat menyertai musim buah mangga/pauh
- Menetap berhampiran sempadan Thailand memudahkan mendapat bekalan mangga yang agak murah. RM10 4 kilo, 3 kilo perkara biasa sekarang. Mangganya juga manis dan lazat. Kalau di KMarudu dulu famous mangga philipin tapi di sini ada mas hitam, siku raja dan banyak lagi nama yang pelik-pelik. Tak lama lagi musim buah rambutan, manggis, durian dan banyak lagi. Durian di sini tak mahal berbanding di Sabah. Jauh berbeza dari segi harga dan kualiti.
Dapat menikmati bahan mentah yang mudah
-Ayam segar halal (tak perlu berebut seperti di tamu KMarudu), bunga kantang yang senang utk laksa penang, sayur-sayur dari keluarga dan saudara mara......boleh katakan senanglah
Jarak sekolah yang dekat
- Aku dan isteri hanya akan mengambil masa lebih kurang 5-7 minit saja untuk ke sekolah dari rumah sewa kami. InsyaAllah mungkin bila tanah yang baru kami beli dekat sini dah keluar geran milik, dalam masa yang terdekat akan kami bina rumah sendiri. Tanah lot yang lain-lain tempat terpaksa dibiarkan sebagai stok tabungan.
Dapat mudah mendengar ustz baca kitab
- Maklumlah di tanah tumpah program ilmiah senantiasa ada maka peluangnya sangat banyak untuk direbut. Kita senang nak cari kuliah ilmu...cuma skrg..............nak atau tidak je.
Kos Air Percuma
-air paip kami perolehi bagaikan secara percuma dengan membayar kepada pengurusan kerja-kerja pembersihan dan pembikinan sebanyak RM12 setahun. airnya lebih segar dan sejuk dan bila waktu pagi kesejukkannya itu dirasakan menusuk sumsung tulang.
Hal ini di papar (ada lagi yang best yang tak larat ditulis dah....ada kerja sekolah lg) sebagai motivasi kepada kawan-kawan yang nak balik kesemenanjung, biarpun mungkin kita kehilangan sejumlah elaun tetapi kegembiraan hati kita di tanah tumpah juga tatap dan lg banyak.
****Peringatan : Bagi pejuang-pejuang yang belum selesaikan perjuangannya diharap dapat terus berbakti di sana kerana tenaga, kewangan dan akal fikiran anda masih diperlukan.

Wednesday, April 29, 2009

(Gambar : bersama PKP baru semasa kursus terakhir sebelum meninggalkan Sabah)
MENGENANG PENTADBIRAN SEKOLAH SMK BENGKONGAN
Hampir 4 bulan aku di SMK Ayer Lanas, bermacam kelainan yang membuatkan aku terkenangkan sekolah lamaku di Kota Marudu, Sabah. Nampaknya tanggapan awalku bhw sekolah disemenanjung akan lebih menyenangkan tugas sebagai pendidik agak sedikit meleset. Rupa-rupanya di sekolah br ini banyak lagi kekangan dalam melaksanakan agenda pendidikan. Mungkinkan ini satu tarbiyyah untuk aku terus bersabar dan terus berkorban.

SIAPAKAH KITA???

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.
Siapakah orang yang telah mati hatinya? Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.
Siapakah orang dunggu kepala otaknya?

Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
Siapakah orang yang kuat?

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.
Siapakah orang yang lemah?

Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.
Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.
Siapakah orang yang buta?

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.
Siapakah orang yang tuli?

Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.
Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya.
Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?

Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.
Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini
Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta
Siapakah orang yang pandai?

Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi
Siapakah orang yang bodoh?

Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan
Siapakah orang yang gila itu?

Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.
Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan
Siapakah orang yang selalu ditipu?

Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua
Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya
Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.
JADI............dimana letaknya kita?fikir-fikirkanlah.