Wednesday, November 28, 2007

PERSAHABATAN TETAP PERSAHABATAN
3-4 hari lepas aku terima panggilan dari kawan lama...masa belajar di UPMT dulu2, Azmah. Tak ku sangka dia yang berasal dari Sandakan, Sabah telah bermustautin di Semenanjung. Skrang bekerja di syarikal Shell. Dengar cerita mahu cari suami di sana. Aku pulak yang berasal dari Kelantan makan gaji di Kota Marudu, Sabah sekarang ni. Terbalik kan....
(Ini salah satu gambar yg dikirim)
Begitulah, hidup ni. Macam2 boleh terjadi. Yang pasti jauh berjalan tentu luas pengalaman. Apa-apapun terima kasih kpd Azmah yang sudi jugak telefon dan semalam pulak bila buka email nampak gambar sahabat2 lama (bertemu muka) yg dikirim. Bukan main seronok nampaknya. Nampaknya ada yang dah kahwin dan bercahayamata. Tapi x ketinggalan pulak ada yang masih lg singgle. Jadi yang singgle minggle ni jangan tunggu lama-lama lagi. Ada rezeki aku cadang berkhawinlah. Termasuk Azmah. Aku yang jauh sahaja x dapat join majlis dia orang. Tapi...jangan risau kawan..aku tetap bagi sokongan biarpun jauh beribu batu di negeri di bawah bayu ni. Yang penting kita teruskan persahabatan moga nanti kita tidak keseorangan. "PERSAHABATAN TETAP PERSAHABATAN".ok
Cuti sekolah ni aku tak balik tanah besar. Jadi terpaksa menghabiskan masa di sinilah. Raya puasa lepas kami sekeluarga dah pulang dah. Aku juga ada pohon pindah untuk bertukar kesemenanjung, menunggulah kami keputusannya. Tunggu2 tak juga dapat. Tak ada rezeki, nak buat mcm mana. Tapi tak apa duduk disinipun boleh tahan juga disamping banyak kerja yang terpaksa diurus termasuklah persediaan menghadapi raya qurban. Kerja kat sekolah pun banyak lagi.....beginilah cari rezeki...mudah mudahan aku ikhlas dalam melaksanakannya.
>smkb<

Saturday, November 03, 2007

PENCEGAHAN DENGGI SECARA KOMPAUN TERPILIH BUKAN PENYELESAIAN MENYELURUH

Minggu lepas aku tidak terkecuali dari di kompaun kerana kesalahan membiak jentik-jentik denggi. Pegawai yang datang periksa tanpa belas kasihan terus mengkompaun tanpa diberi peluang "amaran pertama". Aku pun hairan sebab ini adalah baru kali pertama lawatan oleh pegawai itu dibuat. Apapun aku terus membuat rayuan mengurangkan kadar kompaun dari RM100 kepada RM50 dengan dengan sepucuk surat. Antara isinya :

Zakaria Md Ali Hanafiah
No 45 Taman KDC Fasa 2,
89108 Kota Marudu,
Sabah.

____________________________________________________________________

Pegawai Kesihatan
Pejabat Kesihatan Kota Marudu,
Jalan Lotong,
89108 Kota Marudu Sabah 29 OKTOBER 2007


Tuan,

MEMOHON PENGURANGAN KADAR KOMPAUN (AC No: 40836)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Borang A yang bernombor (AC No: 40836) bertarikh 24 Oktober 2007 telah menyatakan kesalahan saya membiak jentik-jentik aedes dengan dikompaun sebanya RM 100.

3. Jesteru itu saya memohon pengurangan kadar kompaun tersebut seminimun mungkin berdasarkan alasan-alasan yang berikut :
a) Suatu yang jarang diduga bila pasu bunga yang telah ditelingkup
(untuk mengelakkan takungan air dari membiakkan jentik-jentik)
telah membiak jentik-jentik aedes.(rujuk gambar yg dilampir).
Berdasarkan gambar, jelas menandakan ada usaha saya
mengelakkan pembiakan nyamuk aedes.
b) Kami juga baru pulang dari bercuti Hari Raya (lebih kurang 2 minggu) di semenanjung dan secara tidak sedar dengan jangka waktu yang singkat bingkai pasu bunga di takungi air dan membiakkan jentik-jentik.

4. Saya juga mengharapkan pihak kesihatan megambil tindakan kompaun secara adil dan saksama kepada semua pemilik kediaman contohnya di taman-taman kerana saya dimaklumkan pemeriksaan menyeluruh tidak akan dilakukan kepada rumah yang tidak berpenghuni, tidak ada pemilik atau penyewa rumah yang sah (hanya ada orang gaji sahaja), tidak diizinkan masuk(kerana tiada suami) dan tidak ada penghuni kerana keluar bekerja, biarpun tidak mustahil / mungkin mereka ini antara pembiak jentik-jentik aedes.

5. Saya cadangkan agar diwujudkan bahan bukti secara bergambar atau video dan hantar juga pegawai kesihatan wanita bagi menyenangkan proses penguatkuasaan secara telus, adil dan menyeluruh.

6. Diharap permohonan dan cadangan saya ini dipertimbangkan dan jasa baik pihak tuan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Begitulah....ceritanya. Jadi kepada kawan-kawan, berhati-hati, sentiasa dan selalulah berwaspada supaya anda semua tidak dikompaun dan tidak di cap sebagai pembiak jentik2 denggi.

>KDC50<