Thursday, November 11, 2010

ALHAMDULILLAH..ADILAH MASIH MEMPERTAHANKAN KEJAYAAN

Guru yg berkomitmen

Adilah: persembahan menghafal 9 hadith

Semasa menerima hadiah

Bersama hadiahnya


Sokongan keluarga

Tahun lepas anak keduaku Adilah dah berjaya menjadi pelajar cemerlang 4 tahun di PASTI Nurul Ehsan Ayer lanas. Alhamdulillah tahun ini dia masih dpt mempertahankannya untuk sesi 5 tahun. Nanti 27 Nov ini Adilah akan mewakili PASTInya untuk peperiksaan di peringkat negeri pula. Syukur banyak-banyak kepada Ilahi. Mudah-mudahan kejayaan ini akan terus berulang dan berkekalan. Sebagai bapa tidak dpt diceritakan kegemberiaan dan ini adalah anugerah yg perlu disyukuri kerana barangkali ini adalah ujian Allah untuk hambanya.Terima kasih banyak kepada guru-guru PASTI Nurul Ehsan Ayer Lanas yang telah mendidik anak-anak sehingga berjaya. Kelmarin Adilah mempersembahkan nasyid dan solo menghafal 9 hadith manakala rakan-rakannya 6 tahun mempersembahkan amali solat yg lengkap dengan zikir dan doa serta ayat 1000 dinar. Barangkali ada sesetengah ibubapa yg tidak boleh menguasai seumpama itu. Ada yang dilihat raut wajah mereka penuh kegembiraan dan kehibaan. Allahuakbar….akupun rasanya tak mampu nak didik anak macam ni di rumah. Tapi…inilah jasa guru-guru. Mudah-mudahan Allah memberikan ganjaran yang selayaknya kepada mereka. Upacara pembahagian hadiah disampaikan oleh isteri YB Ustaz Abdullah Yaakob. Tahniah anakku. TAKBIR!!!

~Terkini~
Keceriaan anak keempatku….Nur Afrina Arifah
Ini gambar untuk tatapan pak saudara Arifah yg belum lg melihatnya.....

LDP@Mesyuarat Akhir Tahun 2010 SMKAL


AWALAN NETBOOK DAN PROBLEMANYAGambar : Suasana semasa program pembahagian netbook di SMKAL. Ramai yg hadir termasuk ibubapa yg diwajibkan. Apa yg mendukacitakan, kasihan dgn ibubapa yg terpaksa menunggu lama apatah lagi ada yang bawa anak-anak kecil. Komen dari mereka : diharap pihak pengurusan pembahagian netbook tidak mengulangi kejadian seumpama itu lagi. Apa salahnya netbook dibahagi mengikut kumpulan dan sekolah yg dihandle oleh wakil pegawai ppd (sekiranya perlu). Ini tidak. Suasana program jadi macam pasar borong dan jualan raja lelong. Mendukacitakan ramai pihak……..:)

PERKEMBANGAN TERKINI PRA -U smkal

Suasana bilik pensyarah Pra-Universiti. Komitmen dari mereka tetap diperlukan untuk mrningkat dan mengekalkan prestasi straight A.