Monday, March 31, 2008

ISU FITNA......DI MANA KHAIRI???
Setakat berita ini ditulis aku tak nampak (kalau terlepas pandang tak tahulah) lagi kelibat khairi menantu pak lah merangkap naib ketua pemuda UMNO mendepani protes dalam isu menghina Islam oleh filem belanda 'fitna'. Kalau dulu, sahabat2 mungkin ingat bagaimana khairi menjadi jaguh "beruk2 jalanan"(istilah yg digunakan khairi melebel peserta demonstrasi jalanan) untuk membantah kehadiran Condoleezza Rice yg kononnya pemuda UMNO menyuarakan tentangan rakyat negara ini terhadap sikap Amerika Syarikat yang disifatkan mengamalkan dasar 'double standard' dalam menangani kekejaman Israel di Palestin dan Lubnan.
Kali ini nampaknya beliau (khairi) diam membisu dan mungkin juga beliau tidak mahu lagi membebankan bapa mertuanya yg sekarang masih sasau dengan tsunami Praya lepas dan menghadapi pula krisis dalaman parti. Atau mungkin juga khairi menjadi hipokrit.Baguslah khairi fikirkan jalan terbaik untuk pulihkan keyakinan rakyat kpd BN yg selama ini pun org menganggap kamu menjadi liabiliti kepada kemerosotan undi BN. Muhasabahlah!!!
***
Opps lupa...kalau ada kenyataan terbuka khairi yg sahabat2 dengar dan lihat ttg isu ini harap dpt maklum.bimbang tulisan ini tersasar. Maklmlah skrg ni duk sibuk urus keluarga"jadi suri rumah".
>D69 TNG3<

PM Turun Ke Sabah: Bukti BN Tergugat
Posted on Monday, March 31 @ 17:13:56 MYT by SongkokPutih
Oleh YB Salahudin Ayub
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) tertarik dengan perkembangan terkini politik Sabah yang semakin menggugat kedudukan BN sebaik sahaja krisis politik di Terengganu dapat ‘diselesaikan’. Lawatan Perdana Menteri yang sedang didesak untuk meletak jawatan, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ke Sabah untuk menemui ahli-ahli parlimen dipercayai untuk mengukuhkan kedudukan BN yang semakin tergugut kebelakangan ini. DPP Pusat percaya isu-isu yang berbangkit di Sabah jika tidak ditangani dengan berkesan oleh Pak Lah boleh menjadi punca kejatuhan BN kelak. Pergolakan politik Sabah memang sentiasa menarik perhatian pengkaji politik semenjak 1960-an lagi. Politik Sabah sudah biasa dengan lompat-melompat dan juga pertukaran parti pemerintah. Cuma, selepas Umno berjaya membeli wakil-wakil rakyat PBS pada 1994, politik Sabah agak stabil kebelakangan ini. Tetapi dengan perkembangan politik yang terbaru ini, dipercayai Sabah akan memulakan protes pertama terhadap BN dengan beberapa parti komponannya meninggalkan BN dan menyokong BA sekali gus akan menamatkan zaman BN di negara ini. Selepas menang besar iaitu 23 daripada 24 kerusi parlimen di Sabah, politik Malaysia dikejutkan oleh tindakan Datuk Anifah Aman yang menarik diri daripada jawatan timbalan menteri walaupun telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Datuk Anifah Aman adalah adik kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman. Selepas itu, seorang timbalan menteri, Datuk Abdul Ghapur Salleh telah meletakkan jawatannya diikuti oleh desas-desus dua lagi menteri iaitu Datuk Bernard Dompok Gilok dan Datuk Shafie Afdal akan meletak jawatan. Pemimpin BN di Sabah juga secara terbuka memaklumkan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan agihan kerusi Kabinet kepada pemimpin Sabah walaupun ‘nyawa’ BN di tangan mereka. Menyedari masalah yang amat parah di Sabah ini, Presiden Umno itu mengambil keputusan untuk segera ‘menyelesaikan’ krisis politik Terengganu dengan mengiktiraf Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar walaupun sebelum ini mereka berkeras menolaknya. Kini, tumpuan Pak Lah ialah untuk menyelamatkan ‘hayat politiknya’ yang mula tergugat ekoran tuntutan dari negeri di bawah bayu itu. Pak Lah terpaksa menemui seorang demi seorang ahli parlimen Sabah bagi mendapat jaminan untuk tidak bertukar parti demi mempertahankan survival politik BN dan Pak Lah sendiri. DPP Pusat percaya bahawa ahli-ahli parlimen Sabah berpegang dengan ‘janji’ mereka untuk tidak melompat parti, tetapi rakyat sedang menunggu untuk parti mereka meninggalkan pakatan BN, seterusnya menjatuhkan BN di Kuala Lumpur.
SALAHUDDIN HAJI AYUB
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat

MENANTI SUMBANGAN MAXIMUS ONGKILI
Kota Marudu adalah antara daerah yg berada di Sabah dan dipimpin oleh Maximus Ongkili yang berjaya mempertahankan kerusi parlimen pada pilihanraya ke-12 yg lepas. Biarpun khabarnya kemenangan yg diperolehinya dipertikaikan oleh sebilangan penduduk tempatan dan petugas pilihanraya namun dia tetap gah dengan pencapaiannya yg menggunakan pelbagai strategi kotor untuk menang. Aku diberitakan oleh kawan-kawan pelbagai taktik kotor yg digunakan oleh BN pd Praya yg lps termasuklah mengugut penduduk, bagi duit dan mcm-mcm yg menyimpang dari demokrasi tulen Malaysia. Termasuklah di saat akhir proses membilang undi juga dikhabarkan ada muslihat. Tak apalah kalau dia nak tipu, Allah Maha tahu dan pastinya mereka yg membuat kerja menipu ini pasti akan terima balasan. Apa yg berlaku hari ini, iaitu pergolakan dlm BN selepas tsunami Praya jelas menunjukkan pengkhianatan mereka sudah mendapat balasan dan mudah-mudahan mereke sedar dengan kesalahan dan kezaliman yg dilakukan oleh mereka kepada rakyat selama ini.
Kita tinggalkan dulu cerita penyelewengan itu dan beralih kepada apakah manfaat yg bakal diterima oleh penduduk Kota Marudu dengan kemenangan Maximus ini. Aku sebagai rakyat yg menumpang sementara di sini mengharapkan adalah sesuatu perubahan yang boleh dilakukan oleh beliau utk kebajikan penduduk. Jangan pula org-orang kampung diperdayakan lagi untuk merampas tanah mereka secara zalim dengan bayaran yg tidak setimpal. Ye lah, seperti kes-kes yg dicakap-cakap sebelum ini.
Sesuai dengan jawatan yg dipegang sekarang ni menteri penuh di KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI apalah kiranya cadangan pertama aku, kalau beliau dapat menyediakan perkhidmatan internet percuma untuk penduduk(ini juga cabang-cabang teknologi). Biar penduduk dpt akses maklumat terkini. Barulah tak boleh lg ditipu oleh berita-berita mengarut RTM dan TV3. Kalau tanya penduduk ttg cadangan aku ini tentu mereka semua bersetuju. Macam mana ngak????
>D69 TNG3<

Sunday, March 30, 2008













TAHNIAH Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat)
Bila membaca berita maya tentang peranan Mampat bersama-sama mempertahankan kedaulatan Al-Sultan Terengganu, hatiku sungguh gembira dan senang hati. Apatah lagi antara pemimpinnya ialah Cikgu Fauzi Abu Samah (Mas'ul Kampus aku dahulu) dan Abg Din serta saudara Yusran yang merupakan penggerak jemaah kampus semasa pengajianku dulu. Dan penglibatan Cikgu Fauzi ini telah dapat menangkis tohmahan dari segelintir sahabat terhadapnya yang sebelum ini dikatan "beku " dalam gerak kerja jemaah. Buat Ckg Fauzi, Abg Din, Yusran dan lain-lain sahabat yg banyak bekorban untuk jemaah, terukanlah usaha anda, ana di Sabahan ini tetap menyokong anda!.Tahniah Mampat sebagai badan NGO yang aktif memperjuangkan Aspirasi Ummah.
>D69 TNG3<

( Nur Diana Madihah Binti Zakaria)

CAHAYA MATA KE-3
Alhamdulillah tanggal 18 RabiulAwal 1429H bersamaan 26 Mac 2004, jam 8.36 pg cahaya mata ketiga kami selamat lahir ke dunia. Mungkin cerita ini lambat sedikit disiarkan, almaklumlah sekarang banyak kerja yg perlu di atur urus sehingga nak menulis blog pun tergendala. Maaflah kpd kwn2 yg dok tnya ttg blog, biasalah bila dah sibuk ni. Nama yang diberikan kepada anak kami yg ke-3 ni ialah Nur Diana Madihah. Mudah-mudahan Madihah akan jadi anak yang solehah dan nanti akan bersama-sama perjuangan ISLAM. TAKBIR!!!Allahuakbar
Oh, ya dengar cerita kawanku Rosli Su di Balik Pulau, PPinang pun dah selamat menimbang cahaya mata yang pertamanya. Tahniah! semoga setahun dua lagi akan dapat tambah lg.

Wednesday, March 05, 2008

LAGI PENYELEWENGAN SPR

Nampaknya proses pilihanraya ke-12 dlm negara kita pasti tidak telus dan menyimpang dari demokrasi sebenar. Sebagai contoh biras saya yang berkhidmat sbg NV ada 2 tempat pengundian. Sahabat2 boleh check. 1. guna ic tentera : T823109 dan 2. guna ic awam : 750218035373. Sebelum ni pun kes seumpama ini sudah banyak didedahkan oleh pembangkang. Mungkin ia boleh diistilahkan sebagai demokrasi hadhari. Apa yang berlaku mutakakhir ini jelas menunjukkan kerajaan Paklah dah terdesak sehinggakan menggunakan SPR sebagai talian hayat kemenangan. Rashid SPR pula menjadi pencacai dan penjilat kpd umno dan barisan nasional sehinggakan rela membuat apa sahaja ketidakadilan dan penyelewengan dlm pengurusan praya. Dengan pembatalan penggunaan celup jari di saat-sat akhir menjelaskan lagi tipudaya pihak yang zalim dan bermuka-muka ini. Kita umat Islam yang yakin dengan kekuasaan Allah tidak gentar dan terus berusaha menghadapi tipudaya musuh dan akan terus menerus bertawakkal dan berdoa kepada Allah SWT agar tipudaya ini akan memakan diri umno dan barisan nasional. Allah Maha Berkuasa ke atas sesuatu.
>D69, TNG3<